Kejadian Beku Melampau Di Amerika Punca Pokok Epal Hasilkan Epal Hantu. Subhanallah.

Baru ni kebanyakkan tempat di Amerika alami kejadian sejuk melampau (suhu bawah -30C). Terkini petani temui sebiji epal pelik dari pokok epalnya. Subhanallah Baca selanjutnya…

Kejadian Beku Melampau Di Amerika Punca Pokok Epal Hasilkan Epal Hantu. Subhanallah. | Khalifah Media Networks – Baru ni kebanyakkan tempat di Amerika alami kejadian sejuk melampau (suhu bawah -30C). Terkini petani temui sebiji epal pelik dari pokok epalnya. Subhanallah Baca selanjutnya…

Beberapa negeri di Amerika Syarikat telah mengalami musim sejuk melampau dan berais ekoran fenomena ‘polar vortex’. Salah satu negeri paling terjejas dengan fenomena musim sejuk melampau ialah Michigan. Beberapa daerah di Michigan menerima kesan daripada fenomena ini yang turut menjejaskan tanaman.

Sebuah ladang buah-buahan Fruit Ridge di daerah Kent di Michigan turut menerima hujan salji dan suhu sejuk melampau sehingga telah membekukan pokok-pokok epal yang membentuk ‘buah epal hantu’.

WOOD TV8/Facebook

Seorang peladang bernama Andrew Sietsema memberitahu WOTV , dia sedang mencantas pokok-pokok epalnya apabila melihat pembentukan ais di sekeliling buah epal seperti kelihatan buah epal itu telah ghaib.

Andrew kemudian telah mengambil peluang untuk merakamkan fenomena luar biasa itu. Anda pasti tidak mempercayainya sehingga melihat sendiri kejadian ini.

WOOD TV8/Facebook

Buah ‘epal hantu’ ini terjadi setelah hujan salji dengan suhu amat dingin telah turun dan menyelaputi buah-buah epal yang telah membeku dan mereput. Ini telah menyebabkan salutan ais yang membeku terbentuk seperti rupa epal sebenar, cuma ia tidak berwarna merah atau hijau.

Suhu dan angin yang amat dingin bersama hujan salji yang membentuk ais telah menjadikan satu keadaan yang amat sesuai untuk membekukan epal-epal ini sehingga terbentuk buah ‘epal hantu’.

WOOD TV8/Facebook

Andrew berkata dia sedang mencantas dan memotong pokok epal apabila melihat buah ‘epal hantu’ telah luruh ke tanah. Epal yang mereput dan mengecut telah terkeluar daripada salutan ais yang masih membeku menyebabkan epal kelihatan ghaib seperti ‘epal hantu’.

Ais dengan rupa epal itu masih berpaut pada ranting pokok, tetapi epal yang sudah busuk dan mereput jatuh dengan sendiri dari bawah pembentukan ais.

Phil Dietrich/Facebook

Buah epal mempunyai suhu membeku yang lebih rendah daripada air, jadi ia telah menyebabkan terjadinya pembentukan ‘epal hantu’ ini. Kandungan gula dan asid dalam epal telah menyebabkan ia masih bertahan di dahan pokok. Akan tetapi, suhu dingin yang ekstrem telah menyebabkan epal-epal ini tidak dapat bertahan dan menjadi rosak.

Lihat video di bawah:

Kredit : KCCI/Facebook Via Era Baru

Hantar Komen