KETAHUI 7 HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT KEPADA KITA

Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah ketentuan yang telah Allah susunkan. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya dengan menggantikan  kenikmatan yang lebih besar iaitu Syurga .

 

7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah :

 1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita

 2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar

 3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar

 4. Allah hapuskan dosa-dosa kita

 5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan kita yang semakin mendekatinya

 6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain

 7. Tanda Allah sayangkan kita

Dan yang pasti ujian Allah adalah untuk mereka yang terpilih kerana Allah sayangkan kita. Ianya diberi seiring dengan kemampuan kita untuk meningkatkan darjat dan keimanan kita.  Kerana Allah mahu menguji sejauh mana keimanan kita

 
سُوۡرَةُ البَقَرَة
 
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ
 وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ
 مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ
 حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ
 وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ
 مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ 
أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
 

Makna dari Ayat didalam Surah Al-Baqarah ;

 Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (214) 

Wallahhualam…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber : iluvislam.com

 


Hantar Komen