Jgn Lupa Baca ‘Surah Ad-Dukhan’ setiap mlm. Semoga 70,000 malaikat akan memohon ampun buat kamu.

Assalamualaikum Pagi ini saya sempat bersembang dengan ustaz. Tanya kepada saya, dah baca surah Ad-Dukhan ? “Saya kata belum lagi …” Beliau menyarankan kepada saya, selain amalan membaca Surah Yaasin, amalkan juga bacaan surah Ad-Dukhan ini kerana banyak manfaatnya. Dan ustaz ceritakan kelebihan surah Ad-Dukhan seperti di bawah. Jadi, marilah sama-sama kita amalkan dan semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Insha-Allah.

Al Quran dianalogikan sebagai ‘road map’ untuk menuju kepada pencipta kita, iaitu Allah SWT.

Di dunia ini, kita sentiasa sesat dengan pelbagai dugaan hidup yang penuh jalan hitam.

Oleh itu, Al Quran bertindak sebagai kompas petunjuk jalan menuju peta di bumi dalam meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Surah Ad-Dukhan

Surah Hamim–Dukhan ini mengandungi 57 ayat-ayat dan ia nya di turunkan di Makkah. Saperti surah-surah Sajadah dan Yasin, penekanan surah ini ialah kepada KEIMANAN dan AKIDAH.

Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerubu atau Asap’.

Ia mengandungi am4ran Allah SWT terhadap kaum kafiir musyriik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azzab seng sara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebvluran yang amat dashyat.

Suasana Alam Akhiirat

Suasana alam akhiirat telah digambarkan seperti dalam ayat 40 hingga ayat 59 daripada surah Ad-Dukhan di atas. Terjemahan ayat tersebut dengan sendirinya sudah memberikan gambaran kepada kita apa yang akan berlaku di akhiirat nanti. Betapa gervnnya kita dengan bekalan yang tidak seberapa dan sewajarnya dijadikan pemangkin dalam beribadat kepada-Nya.

Malam Jumaat

1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).

2. Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).

3. Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni d0sa-d0sanya yang telah lalu.” Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas d0sa-d0sanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

2. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

3. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan

Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gang guan.

Khasiat ayat 1-8 : Membantu memb1nasakan musuh.

Khasiat ayat 12 : Dijauhkan daripada dit1mpa balla.

Khasiat ayat 59 : Dapat membantu memenangi berhujah.

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun untuk pembacanya.

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:

1. Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu ner raka jahannam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam ner raka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.

3. Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Sumber : askpaksheh , world-islam, syafiqolbu


Hantar Komen