Leka Bermain “King of Glory” Hingga Habiskan Duit Sebanyak RM 1800, Tindakan Si Ayah Mendendanya Dipuji Ramai

Terlajak perahu boleh diundur, terlajar main game habis duit si ayah!

Seorang ayah kecewa apabila anak kesayangannya yang berusia 10 tahun bermain permainan video “King of Glory” hingga menggunakan duit yang banyak.

Kanak-kanak ini telah dikesan bapanya menggunakan RM1,800 ketika bermain permainan “king of Glory”.

Aduh, banyaknya!

Berang dengan tindakan anaknya, si bapa ini telah mendendanya untuk meminta derma ditepi jalan. Walaupun terpaksa, kanak-kanak ini tetapi duduk di tepi jalan dan mengharapkan ihsan orang ramai.

Pada usianya yang kecil, kanak-kanak ini pasti faham dan sedar kesilapan yang dilakukannya amatlah besar.

Kanak-kanak ini telah menaik taraf dalam permainannya sehingga menggunakan duit sebanyak itu. Tidak diketahui tindakan itu sengaja ataupun tidak, tetapi kelekaanya telah memakan diri.

Dia masih boleh dianggap bertuah kerana bapanya tidak memukul atau menderanya. Ayahnya melakukan denda itu supaya dia tidak akan mengulanginya kembali.

Kanak-kanak lelaki ini duduk melutut ditepi jalan untuk meminta derma daripada orang ramai. Ramai orang menyangkakan dia sesat ataupun kehilangan ibu bapa tetapi si ayah tampil beri penjelasan.

Ayahnya memberitahu kepada orang ramai, “Anak saya telah menghabiskan RM 1800 untuk permainan “King of Glory” dan jumlah ini adalah sama dengan gaji saya untuk sebulan.”

Sebuah rakaman video telah tular menunjukkan keadaan si comel ini. Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan ayah kanak-kanak ini.

Mereka turut memuji tindakan ayahnya yang masih boleh bersabar dan berharap kanak-kanak ini akan mendapat pengajaran yang bernilai dalam hidupnya.

Tonton video di bawah:

 

Sumber: World Of Buzz via  Era Baru

Hantar Komen