8 Artis Malaysia Ini Pernah Tersangkut Skandal Foto & Video. Sahih Atau Edit?

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini ramai pula artis Malaysia yang terpalit dengan skandal foto atau video edit. Namun banyak yang menganggap foto itu hanyalah di’edit’ atau photoshop.

Beberapa waktu lalu media digemparkan dengan munculnya video seks Eyka Farhana,kemudian disusuli dengan video menyerupai wajah Anding. Video tersebut jadi heboh, kerana menjatuhkan maruah artis tersebut lantas menjejaskan karier mereka. Meski begitu ramai yang percaya foto dan video itu hanyalah edit atau photoshop sahaja.

Ramai lagi artis Malaysia yang terpalit dengan kontorversi ini sehinggakan terpaksa membuat laporan polis. Lihat kisah pahit 5 artis ini.

1. Eyka Farhana

Suatu tindakan yang sangat melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan pelakon Eyka Farhana dengan video seks yang sangat mengaibkan ini. Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan. Dalam pada itu, Eyka berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat.

2. Anding Indrawani

Menerusi sebuah laman sembang, tersebar mengenai sebuah gambar yang dipercayai telah disunting dari sebuah video pornografi di laman Tumblr. Di dalam video tersebut, terlihat dua orang lelaki yang dipercayai sedang melakukan hubungan sejenis. Video tersebut dikatakan mirip salah seorang peserta Homecoming Akademi Fantasia Megastar, Anding Indrawani.

3. Zulin Aziz

Pengacara dan pelakon Zulin Aziz pula menjadi mangsa. Tular di Twitter apabila gambar Zulin telah disunting menjadi gambar lucah oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz 28, terkejut dan berang dengan gambar beliau yang dijadikan sebagai bahan melepaskan nafsu dan tidak tahu mengapa individu berkenaan berbuat demikian yang yang disifatkannya sebagai tidak waras.

4. Atikah Suhaimi dan Idris Khan

Nama Idris Khan menjadi sebutan ramai ekoran isu foto bogel beliau bersama Atikah Suhaime yang telah tersebar pada tahun 2016. Idris menerima pelbagai kritikan dan hinaan daripada setiap sudut.

Pelbagai spekulasi yang tercetus mengenai dalang penyebaran foto bogel Idris dan Atikah. Antara nama yang dikatakan melakukan hal berkenaan adalah Ammar Alfian. Malah, Idris pernah menghubungi Ammar dan seakan menuduh beliau sebagai punca kontroversi lucah ini timbul.

5. Zarina Zainuddin

Di awal tahun 90an dahulu, Zarina Zainudin telah buat satu Malaya terkejut dengan aksi-aksi berani beliau tanpa serurat benang di dalam sebuah rumah. Dikatakan sebanyak 300 keping gambar tanpa serurat benang Zarina dengan pelbagai aksi telah ditangkap (zaman tu, kamera pakai Kodak filem, tiada media sosial).Namun isu ini tidak berpanjangan kerana banyak hal-hal yang kurang sahih melibatkan pelakon ini tersebar.

6. Ida Nerina

Isu Ida Nerina pula dituduh beraksi ranjang bersama pasangan. Tapi, bagi mereka yang sudah tonton video tu, sah memang sah, itu bukan Ida Nerina. Walaupun ada bukti yang menyatakan itu adalah Ida Nerina seperti tindik di pusat Ida Nerina, subang telinga dan rantai yang dipakai Ida Nerina, tetap kami percaya yang dalam video itu bukanlah Ida Nerina.

7. Zarina Ann Julie

Aksi panas dan gambar bogel Zarina Ann Julie bersama teman lelaki dalam keadaan berahi. Pelakon drama Anak Pontianak ini dikatakan terlalu bermasalah dengan imej dan akhlak. Selain daripada itu, Zarina Ann Julie juga telah dicekup oleh polis di sebuah pusat hiburan malam kerana mengambil dadah. Bila dah ambil dadah, macam macam boleh jadi. Sedar-sedar esok hari, gambar tanpa serurat benang, gambar berasrama dah berada dalam internet.

Sebenarnya ramai lagi artis tempatan yang terpalit dengan video seks angkara individu yang tak berhati perut menyebarkannya. Modus Operandi seolah-olah macam sama, dan berkemungkinan mahu menjatuhkan artis tersebut yang sedang mengukir nama dalam dunia hiburan. Apa-apa pun hangat.com berharap tiada lagi penyebaran video seks palsu melibatkan nama-nama artis yang tak bersalah. Taubat lah ya!

 

Sumber: Hangat 

Hantar Komen