Samantha Teruja! Busana Inspirasi Dari Nasi Lemak ini Dianggap Magik

Perhatian netizen baru-baru ini terarah pada baju kebangsaan yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James pada pertandingan Miss Universe 2017.

https://www.instagram.com/p/Ba5N_akgpw-/

Jika sebelum ini Menara Kembar KLCC menjadi inspirasi, manakala Miss Universe dari Thailand pernah memakai pakaian kebangsaan bercirikan Tuk Tuk, Indonesia pernah memakai pakaian bercirikan Candi Borobudur dan Jepun memakai pakaian ninja samurai.

Inspirasi dari nasi Lemak

Namun pada tahun ini kita meletakkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, Nasi Lemak ke pentas dunia untuk dilihat.

Nasi Lemak, the beloved national dish of Malaysia has inspired the Miss Universe Malaysia 2017 national costume. . . The dress by local designer Brian Khoo features hand-embroidered rhinestones to symbolise rice grains. On the left side of the dress, there are red rhinestones to symbolise the spicy sambal that accompanies each nasi lemak dish. It also comes complete with accessories illustrating other accompaniments such as sliced cucumbers, fried peanuts and anchovies… and even a sunny-side-up egg! . . . #roadtomissuniverse #missuniverse #missuniverse2017 #missuniversemalaysia #nasilemak #malaysianfood #malaysia #nationalcostume

A post shared by @nationalcostumes on

Busana putih dengan detail kristal sebagai simbol dari nasi lemak, warna merah pada detail dada menggambarkan sambal, serta detail replika telor rebus di bahagian pinggang, replika ikan bilis dan irisan timun di pinggang dan terakhir ada daun pisang di bahagian sayap melambangkan pembungkus nasi lemak. Unik kan?

Namun Hangat.com sangat suka dengan konsep ini. Nampak lain daripada yang lain. ‘Busana Nasi Lemak’ ini turut mendapat perhatian netizen. Ada yang memuji dan tidak kurang juga yang membuat jenaka. Apa-apa pun kami berharap Samantha bakal mengharumkan nama negara dengan meraih gelaran Miss Universe 2017.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Hangat

Hantar Komen