Curang Dengan Isteri? Nazim Othman Akui Rela Untuk Disewa

Pasangan selebriti suami isteri iaitu Nazim Othman dan Bella Dally kini lebih banyak meluangkan masa untuk bercuti bersama. Walaupun banyak isu serta persoalan tentang status rumah tangga mereka berdua, namun sebenarnya cinta mereka masih utuh.

Mereka berdua sering memuat naik foto bersama di akaun Instagram milik masing-masing dan bukan itu sahaja, Nazim juga tak kurang hebat dalam menulis kapsyen bagi setiap gambar yang dimuat naik. Ada yang mempunyai maksud mendalam dan ada juga berunsur jenaka.

Baru-baru ini Nazim telah memuatnaik gambar dia berpakaian mandi di kolam renang ketika bercuti. Memang seksi! Selain ramai gadis yang tergoda dengan ketampanan Nazim, dia turut menulis kapsyen yang begitu sensasi lagi nakal,

“Lifeguard untuk disewa.”

Kapsyen ini telah mengundang reaksi dari pengikutnya yang teruja mahu menyewa Nazim untuk dijadikan ‘Lifeguard’. Rata-rata bertanyakan harga yang ditawarkan oleh Nazim unutk menyewa dirinya secara peribadi.

Tak kurang juga yang mendakwa Nazim seolah-olah berpaling tadah dengan isterinya kerana tindakan Nazim ini seolah-olah seperti menduakan isterinya, Bella..

Apa-apa pun, ini sekadar gurauan Nazim kepada peminat-peminatnya di media sosial. Tak payah nak ambil serius sangat kan?

Walaubagaimanapun, kami di Hangat.com mendoakan agar hubungan yang terjalin akan kekal kukuh hingga ke akhir hayat.

 

Sumber: Hangat 

Hantar Komen