Suami Pun Hamil? Foto Kehamilan Artis Singapura Ini Memang Unik

Kalau di Malaysia kita ada ramai artis yang berasal dari Singapura yang menempa nama di sini. Selain Hetty Sarlene, Ady Putra, Aaron Aziz, ada juga yang popular di Singapura namun tidak melebarkan sayapnya ke Malaysia.

Nadiah Md Din merupakan pengacara dan pelakon yang terkenal Singapura yang baru sahaja berkahwin dengan jejaka ‘Mat Saleh’ dari Perancis, bernama Guillaume Jeanpierre. Jejaka berasal dari Perancis itu sudahpun memeluk agama Islam pada 24 Oktober 2015 di Darul Arqam, Onan Road, dan kini beliau dikenali dengan nama muslimnya, Bilal Jeanpierre.

Nadiah kini sedang hamil dan baru sahaja menjalani sesi fotografi bersama suami dan anak yang masih dalam kandungan. Apa yang menarik, suaminya juga turut bergambar seolah-olah mengenakan pakaian ibu hamil. Lihat gambar-gambar ini, comel kan?

Tapi jangan terkeliru, ini sekadar trick gambar sahaja. Namun idea ini agak kreatif untuk dicuba oleh pasangan suami isteri jika mahu nampak kelainan untuk sesi fotografi bersama.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Hangat

Hantar Komen