Ifan Seventeen cari ketenangan di pondok

AKARTA 6 Jan. – Ifan Seventeen yang masih bersedih dengan kejadian tsunaami di Tanjung Lesung mer4gutt nywa isteri dan rakan-rakan band, memilih untuk belajar agama di pusat pengajian Gontor, Jawa Timur.

Vokalis Seventeen itu yang nama penuhnya Riefian Fajarsyah telah selesai mengikuti pengajian di Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Khamis lalu.

Selama empat hari, Ifan mendapat bimbingan dan pemantapan rohani.

“Katanya mahu menenangkan diri dan lebih dekat sama Tuhan,’’ ujar Yulia Dian, pengurus Seventeen, sebagaimana dilaporkan Jawa Pos.

Yulia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan proses yang dilalui Ifan di pesantren berkenaan, tetapi mengakui psikologi vokalis itu lebih baik kini.

“Masih sedih. Cuma, sekarang lebih ikhlas dan tabah menghadapi kenyataan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Telefon hilang, Ifan (Seventeen) minta kongsi foto arw4h isterinya

VOKALIS kumpulan Seventeen iaitu Ifan meminta orang ramai menghantar foto isterinya Allahyarham Dylan Sahara jika ada dalam simpanan mereka.

Ifan berkata, telefon bimbit dia dan isterinya hilang dihanyutkan ombak tsunamii dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu yang lalu.

“Telefon saya hilang kerana tsunaami, telefon Dylan juga hanyut dibawa arus, minta tolong kepada teman-teman yang ada foto bersama Dylan untuk hantar kepada saya di pesanan peribadi.

“Sebabnya sedih sangat kerana saya cuma ada sedikit sahaja foto arwaah,” ujarnya.

Ifan merupakan satu-satunya vokalis kumpulan itu yang selamat dalam kejadian tsunaami ketika melakukan persembahan di Tanjung Lesung Resort, Banten.

Selain isterinya, tiga ahli kumpulannya iaitu Bani (pemain bes), Herman (gitaris) termasuk kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya ditemui menlnggall dunia.

Sementara itu, Ifan atau Riefian Fajarsyah, 35, turut mengimbau kenangan manis dan menganggap rw4h isterinya sebagai seorang yang suka bergambar.

Bagaimanapun, foto-foto yang dimuat naik di Instagram menjadi satu-satunya kenangan paling berharga buat dirinya.

“Dulu saya tidak gemar jika Dylan muat naik foto ini di IG story dia, ternyata sekarang foto ini jadi foto saat yang paling istimewa.

“Isteri saya suka sangat berfoto, selfie atau foto berdua pasti kalau dia minta selalu memaksa, dia juga sangup untuk ambil sebanyak 20 kali gambarnya walaupun dengan satu gaya sahaja,” ujarnya.

Jen4zah Dylan Sahara selamat dikebumikan pada Selasa lalu di Ponorogo, Jawa Timur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Mstar via GengJoyah

Hantar Komen