Izreen & Ude Tutup Akaun Instagram

Biarpun beberapa kali menegaskan tidak pernah mengambil tahu tentang rumah tangga suaminya, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh, pelakon Izreen Azminda terus-terusan dikecam netizen.

Tekanan tersebut telah membuatkan Izreen dan suaminya tidak lagi mengaktifkan akaun Instagram (IG) masing-masing.

Namun itu tidak menghalang netizen dari terus mengecamnya apabila mereka mencari cara lain dengan beralih ke akaun IG kelab peminat Izreen, malah turut mewujudkan akuan@izreenazminda_haters sebarang ruang melepaskan kemarahan kepada pasangan itu.

Isu ini kembali hangat diperkatakan apabila suami Izreen hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada Rabu untuk proses lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, yang kemudiannya ditangguhkan ke 22 Mac depan.

Pelbagai kata cemuhan dilemparkan kepada Izreen yang dianggap sebagai perosak rumah tangga madunya itu.

Lebih daripada itu, sebahagian daripada mereka juga berhasrat untuk memboikot drama mahupun produk yang melibatkan Izreen.

Nampaknya bukan calang-calang dugaan yang dilalui Izreen kali ini. Semoga tabah berdepan segala ujian dan dapat mencari jalan tengah untuk menjernihkan keadaan.

Izreen yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Adrian Umar berkahwin kali kedua dengan Ude secara rahsia pada 8 Ogos 2017.

Dalam pada itu, Intan Liyana pula mendapat sokongan padu daripada netizen yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya.

Malah jumlah pengikut Intan di IG juga juga telah bertambah kepada daripada 30,000 kepada 89,700 pengikut.

 

Sumber: SinarHarian

Hantar Komen