“Saya Kini Single And Available” – Azira Shafinaz Buat Kenyataan Sudah Putus Cinta

Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz akhirnya mengakui hubungan cinta yang disemai bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Yasser Khan sudah putus.

Meski tidak mendedahkan tarikh dirinya putus kasih, namun bintang itu mengakui ia terjadi tahun lalu selepas lebih enam tahun menyulam cinta bersama.

Menyifatkan ada yang berlaku adalah suatu hal yang personal untuk dikongsi, Azira bagaimanapun mengakui pada masa ini dia hanya mahu memikirkan soal kerjaya dan punca perpisahan juga bukanlah kerana orang ketiga.

“Mana tahu saya ada cinta baru? Tidak adalah…Saya single dan ‘available’, kalau ada jodoh tak ke mana. Cuma ya, saya baru saja putus cinta, dalam tempoh terdekat, tahun lalu. Mungkin tak ada jodoh.”

Buat masa sekarang saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan kalau kami masih ada jodoh selepas ini, kita akan ke langkah seterusnya. Lagipun, kami putus bukan atas perasaan benci,” jelas Azira.

Malah, dia turut memaklumkan keputusan yang diambil adalah demi kebaikan keduaya.”Tetapi ini atas persetujuan bersama, saya mahu fokus kepada kerjaya dan bukan kerana kurang memahami satu sama lain. Cuma mungkin saya dan dia mahukan perkara berbeza.

“Dia pun sangat menyokong dan memahami kerjaya saya, cuma mungkin masa tak menentukan untuk kami bersama. Masing-masing ada misi sendiri. Bukan sebab orang ketiga atau apa. Memang kami yang ambil jalan ini,” katanya lagi kepada MH.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas kekasihnya kini, pelakon Seribu Rindu itu menjelaskan dia masih lagi baik dan berhubung dengan lelaki berkenaan.”

Kami tidaklah berg4duh, masih juga berjumpa seperti biasa kalau berkelapangan. Baru-baru ini pun dia ada raikan hari jadi inu saya.

“Dia sudah rapat seperti keluarga,” kongsi Azira yang turut berbesar hati kerana De Fam dipilih menyanyikan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke33.

 

Sumber : Blog Mazeer via theklasik 

Hantar Komen