Tak Sedar Lepak Dengan Permaisuri Agong – Caliph Busker

Tunku Azizah santai duduk di kerusi biasa bersama hadirin yang hadir mendengarkan nyanyian daripada Caliph Busker.

Wah, tak sangka bertuah sungguh kumpulan Caliph Busker ye. Apa tidaknya, dapat lepak dengan Permaisuri Agong!

Semuanya bermula apabila Caliph Busker dijemput membuat persembahan dalam satu majlis berbuka puasa di Istana Negara yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong.

Namun momen manis buat Caliph Busker apabila mereka didatangi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu mereka sedang menunggu untuk membuat persembahan.

Menerusi entri yang dimuat naik kumpulan itu di dalam Instagram milik mereka, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah yang datang memberi salam dan berborak panjang dengan mereka.

“Sambil menunggu nak soundchek, tiba-tiba ada yang datang menyapa salam dan bertanya khabar.

“Berborak lama kita, akhirnya baru tahu itu adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong. Dari berborak, kita nyanyi sama-sama,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Caliph Busker tidak menyangka individu tersebut adalah Baginda Permaisuri, sehinggalah di hujung perbualan apabila Tuanku Azizah meminta lagu Gurindam Jiwa. – MHE TV

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sambil tunggu nak soundcheck, tiba-tiba ada yang menyapa salam dan bertanya khabar. Berborak lama kita. . . . Akhirnya baru tahu itu adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong; . . Dari berborak.. Kita nyanyi sama2.. 😀😀 . . . . . #caliphbuskers #romancinta #hanyanamamu #istananegara #royalfamily #malaysia

Siaran dikongsi oleh CALIPH BUSKERS (@caliphbuskersofficial) pada

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MHE TV


Hantar Komen