“Tanpa Sengaja, Terpakai Baju Lebih Kurang Sama Dengan Birthday Girl,” – Kapsyen Datin Fouziah Gous Jadi Perhatian Peminat

Penghibur, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun menyambut ulang tahu kelahirannya yang ke-40, Jumaat lalu.

Sambutan berlangsung dengan cukup meriah di PWTC, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti dan media.

Lalu, para selebriti jemputan juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama merakam foto bersama penyanyi Anta Permana itu, termasuk pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous yang telah menulis yang mencuri tumpuan.

Masakan tidak, rekaan dan fabrik persalinan yang digayakan mereka hampir sama.

View this post on Instagram

Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or my design but specially designed by @syafieq_ayman . Apa pun kebetulan yg berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album.. definitely im gonna print this💛 Thank you for the picture @nb.co_

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

“Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or design but specially designed by Syafieq Ayman.

“Apapun, kebetulan yang berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album. Definately im gonna print this,” tulisnya.

Serentak dengan itu, ramai juga peminat yang memuji kecantikan dua bintang ini, sambil memberikan ucapan hari jadi buat Siti.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Foto: Instagram Fouziah Gous

Hantar Komen