[VIDEO] “Sebab Tu Aku Kahwin”- Ini Cara Akim Ahmad Pujuk Stacy, Siap Buat Lagu!

Kehidupan alam perkahwinan sememangnya sangat manis dan indah.

Namun, kadang-kadang ada juga berlaku salah faham dan ‘gaduh-gaduh manja’ dalam kehidupan suami isteri.

Begitulah yang dialami pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy baru-baru ini.

 

“Amboii.. Beginilah si BALAKIM ni kalau ada dia mau suruh..M@ut betul cara pujuk dia.

“X payah nak ketawa2 time ayat last tu ah UMMU SAIKAH,” tulis Stacy.

Menjengah di Instagram Akim pula, dia turut sertakan lirik lagu yang agak catchy dan menghiburkan.

“SEBAB ITU AKU KAHWIN

Verse 1

Kau Ummu Shaikhah,

Senyumanmu menarik,

Senyumanmu bertaring,

Membuat aku,

Kadang kala tak tidur malam mengenangmu,

Chorus

“Sebab itu aku kahwin,

Dengan Ummu Shaikhah Stacy,

Aku nak tidur dengan dia,

Nak peluk-peluk. Selalu berdua-duaan dengan dia,” tulis Akim di ruangan kapsyennya. 

Lalu, netizen terhibur dan meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video tersebut.

Alahai, comel sungguh pasangan ni. Biasalah gaduh-gaduh manja dalam perkahwinan ni,kan?

“Nak Cepat, Tiba-Tiba Ada Anjlng Kejar Sampai Akim Terlanggar Kereta!” – Stacy Dedah Kisah Naik Motor Kapcai

Gara-gara mahu sampai cepat ke sebuah lokasi persembahan, pasangan suami isteri, Akim dan Stacy mengambil jalan drastik dengan menaiki motosikal khusus bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas baru-baru ini.

Lalu, rata-rata netizen memuji tindakan sempoi mereka yang tidak kisah untuk menaiki motor kapchai, meninggalkan kemewahan dan kehidupan glamor sebagai artis popular.

Bagaimanapun, jangan tidak tahu di sebalik kisah sempoi itu, rupa-rupanya ada kisah lucu yang didedahkan Stacy. Katanya ketika dihubungi MH, mereka mengakui sengaja menaiki motosikal berkenaan.

“Persembahan tersebut di Sabah minggu lalu. Naiki motorsikal tu ialah idea Akim sebab dia tidak mahu lambat dan kerana bimbang jalan sesak sebab masa tu hari Ahad. Jadi saya okay saja ikutnya dengan menaiki motorsikal. Kenderaan itu memang sudah lama dibeli Akim, untuk di gunakan ketika berada di kampung.

“Jadi sebab nak cepat, kami naik motosikal. Tiba-tiba ada anjing kejar sampai Akim terlanggar kereta! Mungkin sebab dia panik kerana tidak ada pengalaman dikejar anjung. Mujurlah kereta yang dilanggar itu merupakan kereta saudara saya,” jelas Stacy jujur.

Dalam perkembangan lain, Stacy kini muncul dengan single terbaru, Raja ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Mengharapkan yang terbaik untuk lagu barunya ini, Stacy turut tidak sabar untuk menantikan apakah reaksi peminat terhadap lagu barunya itu.

“Tak sabar nak tunggu apa maklum balas peminat. InsyaAllah Raja akan dapat didengari menerusi semua platform media sosial dalam minggu depan. Jujurnya saya sudah dengar lagu ini sejak Oktober lalu lalu.

“Cumanya, ia hanya sempat dirakam baru-baru ini kerana masing-masing perlu selesaikan komitmen seni masing-masing,” katanya.

Video : Instagram Akim,Stacy

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Media Hiburan via MediaOhsem


Hantar Komen