Isteri Mengandung Mengidam Teringin Nak Lihat Suami Pakai Baju Kelawar. Lihatlah Apa Yang Suaminya Lakukan plak.

Dalam tempoh isteri mengandung, macam-macam permintaannya. Biasanya mengidam makanan itu ini dan sebagai suami, tak sampai hati pula nak biarkan isteri tak dapat benda yang diidamkan.

Namun, berlainan pula dengan kes seorang lelaki ini di mana isterinya meminta dia memakai baju kelawar. Kedengaran seperti lucu, tapi…

Kisah ini kami kongsikan menerusi Kisah Rumah Tangga yang dipetik melalui Pixelperfext.

“Saya tak tahu nak luahkan pada siapa, lagipun malulah nak cerita pada orang.

Begini, isteri saya sekarang mengandung empat bulan. Isteri saya suka meminta yang pelik-pelik. Kalau bab makanan, saya tak kisah dan memang saya selalu menunaikan apa yang dia idamkan.

Yang saya tidak boleh tunaikan ialah, dia meminta saya memakai baju kelawarnya. Saya terkedu bila dia suruh saya pakai pakaian itu.

Katanya, kalau dia melihat saya memakai baju kelawar itu, hati dia akan menjadi tenang dan ceria 100%. Baby dalam perut pun suka.

“Abang, pakailah baju kelawar ayang tu. Kalau abang pakai, hati ayang jadi senang dan ceria. Baby pun suka tau,” kata isteri.

Sekali dua, saya boleh ikutkan permintaan dia sebab tak mahu dia merajuk. Tambahan, kalau dia merajuk, memang payah sangat nak pujuk. Ini tidak, hampir setiap hari dia suruh saya pakai baju kelawar itu.

Buatnya keluarga kami datang secara tiba-tiba ke, atau kawan-kawan/jiran datang ke rumah, tak ke naya diorang tengok saya berpakaian seperti itu?

Memang pembawakan budak begitu ke? Biasanya permintaan pelik ibu mengandung ini sampai bila? Takkan nak kena tunggu lagi 5 bulan kot?!!

Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa untuk ibu hamil. Seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam” ini. Tapi adakah anda tahu fakta disebalik makanan yang anda idamkan ini?

Menurut laman sheknows.com, ada 10 jenis makanan dan minuman yang selalu menjadi benda yang diidamkan oleh ibu mengandung. Dan ini adalah sebab-sebabnya…

Mengidam semasa mengandung: Kenapa 10 makanan ini selalu buat ibu “teringin”

1. Ais batu
Ibu mengandung kadang-kadang suka mengunyah ais walaupun ia bukan sesuatu yang mengenyangkan atau memberi nutrisi pada bayi dalam kandungan.

Untuk ibu mengandung yang mengalami anemia, mereka mengunyah air untuk mengurangkan bengkak di bahagian mulut dan lidah.

2. Coklat
mengidam semasa mengandung, mengidam, makanan semasa mengandung, mengidam, makanan mengidam, makanan ketika hamil,

Keinginan untuk makan coklat semasa mengandung membuak-buak kerana coklat mempunyai endorfin yang boleh membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Memang terubat penat lelah mengandung kalau dapat makan coklat, kan?

3. Makanan pedas
Ibu mengandung mempunyai metabolisme yang tinggi dan menyebabkan suhu badan mereka naik.

Makanan pedas dapat mengeluarkan peluh dan mengurangkan suhu badan, sebab itulah mereka secara semula jadinya teringin sangat nak makan pedas.

4. Asam
Ibu mengandung yang mengidam makan makanan masam ini mungkin mempunyai sodium yang rendah dalam badan atau pun nak kurangkan rasa mual dan loya semasa awal kehamilan.

5. Kopi
mengidam semasa mengandung, mengidam, makanan semasa mengandung, mengidam, makanan mengidam, makanan ketika hamil, Walaupun doktor melarang ibu mengandung untuk minum kopi, tapi kita selalu teringin untuk minum kopi. Lagi-lagi yang dah terbiasa minum kopi sebelum mengandung. Jangan lupa tanya doktor anda berapa sukatan kafein yang boleh anda ambil dalam masa sehari tanpa membahayakan bayi anda.

6. Jus
Bayi yang sedang membesar dalam perut ibu ini selalu buat ibu rasa haus. Jadi, tak hairanlah kalau ramai ibu mengandung yang mengidam jus buah ini.

7. Produk tenusu
Produk tenusu seperti yogurt, keju dan sebagainya sering menjadi makanan mengidam semasa mengandung yang popular terutamanya pada trimester pertama.

Ini mungkin kerana mereka perlukan tenaga ekstra selepas morning sickness yang mereka alami.

8. Kombinasi pelik
Kadang-kadang, ada ibu yang suka menggabungkan makanan dengan kombinasi yang pelik seperti ais krim dengan asam atau pizza dengan buah. Tak ada yang tahu kenapa mereka suka makan begini. Tapi ada beberapa teori mengatakan ini kerana mereka mahu memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

9. Makanan yang menenangkan
Kehamilan boleh menjadi satu perkara yang stress bagi sesetengah wanita. Jadi, mereka perlukan makanan yang menenagkan atau comfort food untuk stabilkan mood mereka.

10. Benda yang tidak boleh dimakan
Jika anda mengidam benda yang tak boleh dimakan(bukan makanan) jumpa dengan doktor untuk berbincang kerana takut yang ianya merbahaya untuk bayi.

Jadi, anda mengidam makanan apa semasa mengandung? Jom kongsi di ruangan komen.

Hantar Komen