Rumah aku ada tiang seri kayu ala kampung. Abng Pulak hijabnya terbuka Sejak Dari Kecil lagi. Tak Disangka Malam itu Abg ada Nampak itu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin sebab approve cerita saya ini.

Kisah yang saya nak sampaikan ni terjadi lama dulu. Masa tu kami lima beradik,kecik lagi, di besarkan di satu rumah kayu bertiang seri di Terengganu. Rumah ni, bagi kami sangat awesome, sebab struktur dan reka bentuk dalam dia unik sikit.

Izinkan saya jelaskan supaya korang semua nampak sikit macamana bahagian dalamnya, senang sikit nak cerita nanti. Sumber fiksyen Shasha

Ok. Kami membesar dalam rumah kampung, jenis yang ruang tamu dia raised, bawah rumah ada ruang tempat ayam berlari dan tempat kami menyorok kalau mak kejar dengan rotan. Tapi bahagian dapur dan tandas belakang dia landed. Jadi kalau nak ke dapur kena turun tangga dan kalau banjir musim tengkujuh, dapur dan tandas belakang yang naik air dulu.

Nak masuk pintu utama di depan, kami kena naik tangga dan beranda sebelum buka pintu. Sebelah dalam ada selak. Once masuk, benda pertama yang akan nampak ialah tiang seri seketui di tengah rumah. Tapi tiang ksong, tak ada ukiran ke apa. Ruang tamu amat luas keliling tiang tu. Dan kami semua memang tidur ramai-ramai di ruang tamu.Hampor tilam dan bergulinglah kami lima beradik.

Rumah tu ada 3 bilik. Bilik 1 dia rectangular dan ada dua pintu. Bilik 2 dan 3 saiz normal dekat dengan dapur. Tandas ada dua; satu sebelah bilik rectangular tu, satu lagi di dapur.

Aku pun tak faham kenapa arkitek ni kreatif sangat design rumah ni, tapi rumah unik ni yang menarik perhatian mak aku masa mula-mula parent aku cari rumah lepas kahwin dulu. Menurut jiran kami, rupanya ramai sudah menyewa, tapi ramai tak lama duduk. Faham la kan? Tapi mak aku masih beriya nak duduk situ. Memandangkan mak ak beriya sangat,bapak aku iyakan sahaja. Masa tu bapak ak kerja banyak travel, jadi biasa tinggalkan kami berminggu-minggu. Macam cerita Conjuring tu. Jeng jeng.

Episod kali ni aku nak cerita tentang abang aku yang masa tu mempunyai kelebihan hijabnya terbuka. Hijabnya tertutup agak lambat. Disebabkan dia membesar dengan hijab terbuka dia assume semua yang dia nampak tu , kami berlima yang lain pun nampak. Menyedari hakikat yang benda dia selalu nampak tu tak normal di mata kami, dia mula jadi takut terutama kalau dah malam.

DIA DUDUK BAWAH TU

Satu malam kami terlebih gula, masih bermain kejar-kejar. Tak silap nama permainan tu Tang Duduk. Siapa yang sudah kena tag, dia kena duduk. Sebagai yang sulung dan anak nombor dua, kami biasa jadi” last man standing”.

Bila sampai peringkat akhir ni, game jadi ‘tricky’ kerana aku kena halang abang dari menge’tag’ pemain yang sudah duduk, sebab itu membolehkan pemain yang dah duduk tu bangun semula dan ‘get back in game’,jadi, permainan reset balik.

Sebagai chaser yang obes masa tu, adalah sesuatu yang menimbulkan amarah kalau pemain yang sudah kita keluarkan dari permainan, kembali masuk ke dalam arena sambil mengejek aku lembab sebab kegemukan ku ini. Satu cara, aku kena tag abang aku tu segera, supaya permainan tamat.

Jadi berlakulah sesi kejar mengejar walaupun mak sudah jerit dari dalam bilik suruh tidur. Lepas berpusing-pusing tiang seri, abang cuba lari masuk ke dapur. Dapur yang kena turun tangga dan gelap masa tu hanya di sinari lampu dari ruang tamu dari atas. Jadi cahaya balam-balam sahaja.

Abang yang berlari ceria turun dapur masa tu, naik balik ke ruang tamu dengan muka pucat.aku tag dia.game over. Yeay. Tapi dia masih pucat dan tidak keciwa dengan kekalahannya. Aku tanya kenapa? Dia cuma kata “Ada budak hitam cangkung bawah singki, jangan masuk dapur” dan terus tarik tangan aku untuk tidur di ruang tamu.

Walaupun aku tak nampak apa di bawah singki tu, tapi sampai sekarang, kalau waktu malam dan aku ke dapur, imaginasi aku akn terbayang ada budak hitam cangkung bawah singki…cuba menggapai kaki bila aku basuh pinggan…oh no..

OTAK

Seperti yang aku jelaskan, kami sekeluarga tidur di ruang tamu. Setelah bergotong-royong menghampar tilam, cadar dan bantal,maka terhasillah tempat tidur double king or triple king memanjang di ruang tamu. Cuma tilam, tak ada katil. Jadi kami lima beradik yang umur hampir sebaya, memang suka berguling-guling sebelum melelapkan mata.

Kadang-kadang dah macam tadika nursery, dan kadang-kadang macam anak monyet hilang mak. Bagi aku lebih macam anak monyet sebab mak aku suka botakkan kepala anak-anak jantan dia. Dah macam separa shaolin temple kalau korang ingat cerita dulu-dulu tu. Gondoi-gondoi ja kepala sorang-sorang.

Ok.satu malam aku terjaga. Sebab dengar abang aku paggil mak aku. “Mak,mak” tp dengan nada menakutkan macam nak mintak tolong. Masa tu mak aku tidur dekat dengan aku di sebelah sini di ikuti no 5, 4,3 dan hujung skali sebelah sana,tempat abang aku.

Aku pun terduduk, gosok-gosok mata.cuba gerakkan mak aku, tapi tak berjaya. Aku tanya abang aku kenapa paggil mak.
Abng aku macam terkejut bila aku yang menjawab. Dia masih baring dan suruh aku baring jugak.segera. Duduk diam-diam.Jangan bangun dan jangan tegur apa-apa.

Aku yang separa mamai ni sangkakan dia mengigau. (Yes kami beradik memang selalu mengigau. Yang paling teruk nombor 3. Mengigau menagis di pintu rumah. Tapi tu aku cerita lain kali ek.kalau ada rezeki).

Baru nak sambung baring, tiba-tiba aku rasa seram sejuk, macam ada hembusan nafas belakang aku. Masa tu abang aku suruh pejam mata dan tidur. Jangan pandang belakang. Aku ikut sahaja. Nak baca doa pun, bismillah sahaja yang keluar. Sampai lah aku terlena.

Esoknya masa sarapan, aku tanya mak kenapa tak bangun masa aku kejut. Mak aku kata dia tak sedar pun aku kejutkan dia.mungkin terlampau penat. Kemudian, selepas semua selesai sarapan, aku tanya abang aku tentang hal malam tadi.

Dia cerita, sebelum aku bangun, dia terjaga malam tadi dan nampak satu kelibat putih, rambut panjang sedang terapung mengelilingi kami sekeluarga sedng tidur dan berhenti atas mak,sambil tengok arah mak. Jadi abang panggil mak untuk kejutkan mak supaya lari,tapi, seluruh badan dia keras tak boleh gerak, kepala sahaja boleh pusing tapi tu pun seksa nak gerakkan.

Masa abang panggil mak, makhluk tu pandang arah abang. Macam marah bila abang cuba kejutkan mak. Abang kata muka makhluk tu buruk gila macam otak. Makhluk tu nak bergerak ke arah abang, dan masa tu la pulak aku bangun yang mamai-mamai tadi.Adui.apasallah aku bangun. Aku duduk antara mak dan abang, jadi penerbangan makhluk tu terbantut sebab aku bangun.

Abang aku cakap makhluk tu tengok arah aku pula dan mendekati belakang aku. Tapi aku tak nampak. Sebab tu dia suruh aku sambung tidur. Mungkin sebab tu jugak aku tetiba berasa seram sejuk dan terasa nafas belakang aku. Setan betul.. Mujur aku menurut cakap abang, kalau aku pandang belakang…

Baiklah.setakat itu dulu cerita kali ni. Kalau ada rezeki aku cerita lagi macamana ada hantu kum-kum, kenapa adik no 3 aku selalu mengigau, dan cerita lain di luar ruamh tiang seri tu.

Terima kasih sudi membaca

Hantar Komen