“Apa Salahnya Kalau Jodoh Orang Malaysia…” – Qari Tilawah Al Quran Antarabangsa Tak Menolak Jika Bertemu Jodoh Di Malaysia

Berlangsung sejak 14 April yang lalu, pertandingan tilawah Al Quran peringkat antarabangsa bagi tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya pada malam ini. Pertandingan yang disertai oleh pelbagai negara ini telah mendapat sambutan yang tinggi dan salah satunya adalah penyertaan Qari dari Austria, Ahmet Ucar. 

Menurut laporan dari Harian Metro, Ahmet amat enyukai Malaysia dan tidak akan menolak jika bertemu jodohnya disini. 

“SAYA memang suka Malaysia, malah apa salahnya kalau jodoh saya berkahwin dengan orang Malaysia,” kata qari dari Austria, Ahmet Ucar, 23, dengan mukanya yang merah padam.

Beliau yang kini sedang menuntut di peringkat sarjana pengajian Islam di Universiti Vienna mewakili negaranya ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019 di Kuala Lumpur.

Katanya, Malaysia sebuah negara Islam dengan masyarakatnya sangat peramah, berbeza dengan masyarakat di Eropah yang lebih serius.

Ini pertama kali saya datang Malaysia. Sebelum ini, saya tahu mengenai Malaysia sebab ada guru saya berkahwin dengan wanita negara ini.

“Orang Malaysia, alhamdulillah, ketara sikap peramahnya dan suka senyum. Ini mengikut sunnah Nabi,” katanya dengan raut wajah ceria yang kemudian turut berswafoto dengan beberapa kenalan dan pihak urus setia.

Ahmet berkata, negaranya bukan negara Islam seperti sesetengah yang lain, malah ada banyak kumpulan masyarakat di sana seperti mereka berbangsa Turki dan Balkan.

“Namun, alhamdulillah kami dapat mempraktikkan ajaran Islam dengan baik. Presiden kami memberi kebenaran untuk mempraktikkan Islam.

“Cuma kadang-kadang ada kekangan seperti larangan memakai tudung bagi kanak-kanak sekolah rendah, namun peringkat menengah boleh pula.

“Malah memakai purdah atau burqa di luar tidak dibenarkan dan boleh dikenakan denda Euro 150 (RM698) atau lebih, namun masih ada juga yang memakainya.

“Azan pula tak boleh dikumandangkan terlalu kuat, hanya untuk didengar di dalam masjid,”katanya.

Mengenai makanan halal di negaranya, beliau berkata, bagi penduduk tempatan tidak sukar untuk mendapatkannya kerana masyarakat Islam memang menyediakannya.

“Makanan halal di sana mudah didapati oleh penduduk Muslim, biasanya di kawasan dekat dengan masjid. Malah kita ada juga sijil halal dikeluarkan pertubuhan Muslim,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HMetro


Hantar Komen