Dua Beradik Lemas Di Tali Air

DUA beradik ditemui lemas dalam keadaan kaki bersilang di dalam parit tali air di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu, hari ini.

Mayat dua beradik dikenali sebagai Muhammad Harries DanielFauzi, 11, dan abangnya, Muhammad Azreil Haikal, 13, ditemui orang kampung pada 7 pagi.

Difahamkan, dua beradik yang juga anak kedua dan ketiga daripada lima beradik itu dikatakan keluar rumah sejak petang semalam.

Malah, ahli keluarga dan penduduk kampung mula mencari mangsa bermula 10 malam selepas datuk mereka memaklumkan dua beradik tidak pulang ke rumah.

Ibu saudara mangsa, Nor Juraidah Mahmud, 35, berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa dua beradik itu pada 9 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Memang terkejut melihat keadaan mereka dan tidak pernah menyangka kejadian ini akan berlaku.

“Mereka tidak pernah sampai ke kawasan ini apatah lagi untuk mandi di tali itu.

“Memang terkejut tetapi saya reda dengan kejadian menimpa mereka,” katanya.

Difahamkan, jenazah dua beradik terbabit akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Tok Nasek, di sini.

 

Sumber: hmetro 

Hantar Komen