Mark Adam, Hatimu Mulia…

JUARA Bintang Bersama Bintang 2018 Mark Adam membuat kejutan apabila mengumumkan mahu berkongsi separuh hadiah kemenangannya bernilai RM100,000 dengan empat bintang lain.

Mark berkata, perkara itu pernah dibincangkan dengan Issey, Achey, Shuk dan Ajak, tetapi bukanlah secara rasmi dan hanya cakap kosong.

“Saya rasa seronok dan gembira dengan kemenangan ini. Sebenarnya perkara ini (berkongsi wang hadiah) pernah dibincangkan bersama dan saya tunaikan supaya semua rakan-rakan gembira.

“Ini pilihan saya dan diharapkan agar rakan-rakan boleh memanfaatkannya dengan bersedekah kepada anak yatim atau mereka yang memerlukan,” katanya.

Mark mengakui sebelum pengumuman pemenang dibuat, dia sudah berniat untuk melaksanakan perkara itu.

“Saya tidak pasti tindakan orang lain sekiranya menang tapi saya memang nak berkongsi rezeki dengan semua.

“Dalam program ini, saya banyak belajar dengan mereka dan di belakang tabir kami ibarat satu keluarga,” katanya.

Mark juga mengucapkan terima kasih kepada artis undangannya Khir Rahman yang banyak membantunya sehingga muncul juara.

Berita berkaitan

• Hebatlah Mark Adam

 

Sumber: hmetro 

Hantar Komen