Program Rebat Bil Elektrik RM40, Lebih 140 Ribu Isi Rumah Masih Belum Daftar

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan rebat elektrik RM40 membabitkan peruntukan RM140 juta kepada lebih 200,000 pengguna. Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2019.

Menerusi Kosmo Online! hari ini, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin menggesa seramai 142,200 lagi pengguna mendaftar untuk menikmati rebat tersebut.

Katanya, sejak 1 Januari lalu seramai 66,600 ketua isi rumah mendaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih telah menerima bantuan manakala 142,200 lagi belum mendaftar.

Berdasarkan data kementerian, 142,200 ketua isi rumah eKasih yang masih belum berdaftar dengan syarikat utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Terdapat dua faktor utama jumlah pendaftaran kurang daripada sasaran iaitu ketua isi rumah eKasih tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik iaitu bil didaftar atas nama ahli keluarga lain seperti isteri atau anak-anaknya dan rumah sewa serta bil elektrik atas nama tuan rumah.

Tambahnya lagi, kerajaan menyasarkan seramai 208,800 ketua isi rumah akan menerima bantuan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016. Bagaimanapun jumlah itu masih belum mencukupi.

Beliau turut menggesa mereka yang layak agar segera mendaftar nombor akaun bil di cawangan TNB, SESB dan SEB terdekat.

Subsidi ini membolehkan golongan sasar ini sekurang-kurangnya menggunakan peralatan elektrik asas seperti lampu,kipas, peti sejuk dan televisyen tanpa bebanan bil elektrik.

Justeru, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga perlu bersikap proaktif dengan turun padang untuk membantu penduduk ketua isi rumah eKasih yang miskin dan miskin tegar di kawasan masing-masing untuk membuat pendaftaran.

Semakan kelayakan boleh dibuat di portal MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my atau menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Limau Manis Press

Sumber : Kosmo Online via GengJoyah

Hantar Komen