Anda Tersalah Hantar Mesej WhatsApp?

PERNAHKAH anda terhantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang sepatutya dituju melalui aplikasi sembang popular WhatsApp?

Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut pula mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui oleh orang lain.

Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp membolehkan anda mampu memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu.

Melalui ciri terbaharu ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan.

Untuk memadamkan mesej tersebut, anda hanya perlu tap selama tiga saat pada sesuatu mesej dan kemudian memilih ikon padam.

Seterusnya, anda boleh memilih paparan pilihan sama ada “Delete For Me” atau “Delete for Everyone”.

Delete For Me” hanya memadam mesej untuk paparan anda dan daripada peranti anda sahaja.

Delete For Everyone” pula memadam mesej untuk paparan di penerima mesej anda, sama ada pada grup perbualan berkelompok mahupun secara perseorangan.

Ciri baharu ini boleh digunakan oleh semua jenis kandungan mesej seperti teks, gambar, video, GIF ataupun pesanan suara.

Bagaimanapun, mesej yang dipadam akan digantikan dengan notifikasi mengatakan mesej berkenaan telah dipadam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : MYNEWSHUB

Hantar Komen