Anak Semakin Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG sahaja. Wanita Ini Kongsikan Caranya

Selepas bersalin ramai wanita risau berat semakin bertambah dan susah nak turun, jangan risau ikut perkongsian akak ni:

Bila anak lebih dari seorang badan mak-mak selalunya mulalah mengembang. Paling tak tahan bahagian perut, susah betul nak dikempiskan.

Dah diet pun kadang-kadang lemak tetap menonjol. Faham masalah mak-mak ini, Nurul Arija ini berkongsi petua yang diamalkan untuk pecahkan lemak bahagian perut dan kekalkan kelangsingannya.

Maintain 45kg uols! Amalan Nurul Arija cuma air jamu atau rebusan ini saja. Bagi yang nak mencuba, boleh ikut perkongsiannya.

Cara Nurul pecah lemak pada perut dan maintain 45kg

Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu .

Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu

Ni Nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit .

Laff

Nurul Arija , Pinggang secekak

Bahan-bahan air rebusan:

Serai

Kulit kayu manis Ceylon

Halia

Bunga cengkih

Lemon

Madu

jaga badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, diet selepas bersalin, turun berat badan selepas bersalin, jaga berat badan semasa mengandung, berat badan selepas bersalinCara membuat:

Masukkan air setengah periuk bersama semua bahan kecuali lemon dan madu.

Biar hingga mendidih.

Tuang dalam cawan, perah lemon dan masukkan sedikit madu

Minum bila suam pada awal pagi.

Lebihan air boleh di simpan dalam peti. Panaskan boleh mahu minum keesokkan hari.

jaga badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, diet selepas bersalin, turun berat badan selepas bersalin, jaga berat badan semasa mengandung, berat badan selepas bersalin

Sumber: Petua Ibu


Hantar Komen