Resipi Mudah & Mesti Cuba! Ayam Goreng Kicap Lada Hitam Power.

Asalkan lauk ayam, anak-anak pasti selera makan. Walaupun hanya ayam goreng, si kecil tetap suka. Apa kata hari ni anda sediakan menu Ayam Goreng Kicap Lada Hitam ni pula. Kombinasi rasa manis dan masin menjadikan ia sangat enak! Rasa pun tidaklah pedas. Jom cuba!

 

 AYAM GORENG KICAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam | hiris kecil
  • 50gm daun bawang
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 3 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 5ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia mudah | hiris halus
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
  4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam, gula  secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

 

Sumber: rasa 

Hantar Komen