Kek Strawberri Milkshake Cantik Rupa, Rasa Sedap

Lihat pada bentuk, rupa dan warna pada hasilan Kek Strawberri Milkshake  ini memang menggoda mata dan selera.  Tetapi setelah mencuba ia memang tidak mengecewakan, jika anda tergoda, cubalah buat sendiri berpandukan pada resipi yang disediakan  oleh pemilik IG Spatula Umme, puan Shariah Aminah Syed Abdullah.

KEK STRAWBERRI MILKSHAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 13/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu perisa strawberri
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna
  • Sedikit hirisan strawberri

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati dan sedikit gebu.

2. Kemudian masukkan telur, pukul sebati.

3. Seterusnya masukkan esen vanila kemudian pukul sebati lagi.

4. Setelah itu masukkan kedua-dua jenis tepung dan diselang-selikan dengan susu.

5. Gaul sebati.

6. Adunan sedia untuk dibakar.

7. Masukkan dalam loyang 8 inci.

8. Bakar suhu 170 selama 30 minit atau sehingga masak.

 

Sumber: Rasa

Hantar Komen