Sedap Mata Memandang! Pau Rose Guna Keledek Ungu Manis, Sangat Cantik Dan Memikat

Kreatif sungguh hasil kerja seni menguli sehingga terhasilnya pau bentuk bunga ros. Warna yang semulajadi menambah seri dengan menggunakan keladi unggu sebangai bahan utama. Jikalau berkenan bolehla asah bakat uli pau ros ni. Cantik!

PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU

 
 
 

Bahan-Bahan:

  • 250 gm keledek manis warna purple – di kukus atau di rebus
  • 200 gm air
  • 500 gm tepung pau
  • 1 t/s baking powder
  • 100 gm gula
  • 50 gm shortening atau lemak sayuran
  • 1/4 t/s garam
  • 11 gm yeast segera

Cara-Cara:

  1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.Ita masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
  2. Kalau guna tangan.Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri – gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi  untuk naikkan yis)
  3. Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
  4. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  5. Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
  6. Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  7. Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
  8. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
  9. Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 – 12 minit.

Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step di bawah.

  1. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
  2. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
  3. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih
  4. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah
  5. Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.

Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.

Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah, sila lihat gambar. Gulungkan doh.

  1. Untuk mengelakkan inti dari terkeluar ita gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh.Kemudian gulung doh hingga hujung.
  2. Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstickIta potong menggunakan pemotong doh
  3. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
  4. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
  5. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
  6. Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
  7. Kukus pau selama 10-12 minit.

    

 

Kongsi resipi: Azlita Masam Manis

 

Sumber: Rasa

Hantar Komen