‘Sejuk Mengalir Ditekakk Tuu..’ – RESEPI AIR KATIRA YANG BOLEH MENGHILANGKAN DAHAGA ANDA

DAPUR Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

resepi air katira
Memang susah nak cari air katira kalau bukan di bulan Ramadhan. Itu pun, tak ramai peniaga yang menjual minuman istimewa ini kerana bahannya agak sukar untuk dicari.

Minuman ini popular terutamanya di negeri Johor. Ada yang mengatakan ia berasal dari negara Pakistan, India Selatan, dan ada juga beranggapan ianya datang dari Singapura.

Khasiatnya dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air katira asli dihimpunkan pelbagai jenis buah-buahan – antaranya getah anggur (katira), kembang semangkuk, kismis, badam, kurma, dan susu segar. Wah, patutlah harganya boleh tahan mahal berbanding dengan minuman lain!

Apapun, di sini kami kongsikan cara ‘shortcut’ untuk membuat air katira yang direka oleh Puan Sheila Fendy. Pada awalnya beliau sekadar mencuba, tapi tak sangka rasanya begitu mirip dengan air katira. Bolehlah sekadar melepaskan dahaga, bukanlah bermaksud ‘melawan’ resepi air katira asli ya!

RESEPI AIR KATIRA VERSI JIMAT DAN EKSPRES. TAPI SERIUS SEDAP!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bahannya mudah saja. Maklumlah, resepi ekspres.

BAHAN-BAHAN:

Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)

*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.

Susu pekat manis

Chia seed / biji selasih

Cincau

*Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.

Simple je kan..?

CARA-CARA
Berikut adalah cara membuatnya. Senang saja.

#1. MASUKKAN PERASA TEBU
Mula-mula, masukkan perasa ikut banyak mana bancuhan kita.

#2. CAMPURKAN CINCAU
Seterusnya masukkan cincau. Sebenarnya saya cari cincau asli di kedai tapi tak ada stok, semuanya habis. Jadi, saya guna cincau dalam tin saja. Saya tapiskan cincaunya.


#3. TAMBAHKAN CHIA SEED / BIJI SELASIH
Seterusnya saya tambahkan chia seed. Kalau ada biji selasih, bolehlah gunakan biji selasih.

#4. MASUKKAN SUSU PEKAT MANIS
Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.

#5. BANCUHKAN AIR KOSONG SECUKUPNYA
Kemudian, masukkanlah air kosong dan ais buat penyejuk tekak. Siap!


BOLEH TAMBAH BAHAN LAIN IKUT KREATIVITI

Resepi ini memang ekspres dan simple saja. Boleh berjimat dan buat banyak-banyak bagi satu keluarga minum.

Kalau ada yang cukup bahan macam yang digunakan dalam resepi air katira asli, bolehlah ditambahkan ke dalamnya. Kalau tak ada, pakai apa yang ada sajalah. Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.

Apapun, terima kasih bagi yang sudi mencuba resepi air katira ini.

*Resepi air katira ekspres ini disumbangkan oleh Puan Sheila Fendy dan pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook Masak Apa Hari Ini. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

**Ikuti hasil kerja tangan Puan Sheila menerusi Facebook beliau, FB Sheila Fendy atau Instagram @iamsheilafendy dan #quillingbysheila.

Sumber : siraplimau.com

Hantar Komen