Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram!

Apam kampung sering dihidangkan untuk sarapan pagi tapi boleh juga untuk minum petang. Tekstur apam yang bersarang, kenyal dan sedap dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan secubit garam.

APAM KAMPUNG GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar tapai nasi
  • 1 cawan air gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut siapa suka manis boleh tambah )
  • 3 cawan air
  • 11gm yis
  • Kelapa parut putih (letakkan secubit garam)

 

CARA MEMASAK: 

Kisar nasi, tapai nasi dan gula hingga hancur.

Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis.

Selepas itu adunan yang dikisar tadi. Masukkan air gula merah dan kacau perlahan supaya adunan tidak bergentel

Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak sedikit pekat dan tidak cair. Ikut sukatan air yang sepatutnya.

Sediakan bekas yang diletakkan sedikit minyak dan masukkan dalam acuan kesukaan anda. Jangan penuh sangat sebab akan berkembang.

Panaskan kukusan dan kukus hingga masak dalam anggaran 25 minit.

Hidangkan bersama kelapa putih yang diletakkan sedikit garam.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rohani Ronnie

 

Sumber: Rasa 

Hantar Komen