Resipi Mudah Puding Roti Bercoklat

Suka makan puding? Cubalah resipi Puding Roti Coklat perkongsian saudari Norhayu Hanafi. Hanya guna bahan-bahan yang simple dan mudha didapati. Nampak sedap kan? Makan sejuk-sejuk memang layan habis.

 

PUDING ROTI BERCOKLAT

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket agar-agar – rebus dengan 4 cawan air ( agar-agar harga RM2.50 lebih kurang)

BAHAN KISAR:

  • 6 keping roti sandwic
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Esen vanilla
  • 2 sudu makan planta
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan milo @ serbuk koko untuk warnakan adunan

CARA MEMASAK:

  1. Rebus agar-agar bersama air hingga larut.
  2. Kisar bahan-bahan yang lain hingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Biarkan mendidih kemudian padamkan api.
  3. Jika rasa nak lebih manis, tambahkan gula atau susu.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko atau milo. Satu lagi dibiarkan pada warna asal.
  5. Lapiskan puding dalam bekas bersesuaian.
  6. Sejukkan hingga keras sebelum dinikmati.

INFO CHEF: Lapiskan semasa adunan masih panas. Bahagian coklat dan adunan biasa tidak akan bercampur kerasa teksturnya yang pekat.

Kredit resipi & foto: Norhayu Hanafi

 

Sumber: Rasa

Hantar Komen