Snek Homemade Berkhasiat Untuk Anak-Anak..Resipi Potato Smiles

Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles ni untuk si kecil. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah si kecil makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.

POTATO SMILES

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan serbuk roti
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk.

2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.

 

3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.

4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.

5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.

6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.

Kredit resipi & foto: Ayza Nur

 

Sumber: Rasa 

Hantar Komen