Air Rebusan Halba & Longan Kering, Cara Mudah & Berkesan Untuk Tambah Susu Badan

Halba dan longan kering mempunyai banyak khasiat yanga tersendiri. Air rebusan dua bahan ini dikatakan cara mudah dan berkesan bagi mak-mak yang menyusu anak untuk menambah susu badan. Seringkali mak-mak mengeluh, bila susu badan mulai berkurangan, akibatnya cita-cita penyusuan eksklusif 2 tahun untuk anak ‘terkubur’ begitu sahaja.

Resipi air rebusan halba dan longan kering ini merupakan perkongsian petua oleh Lyn Amalyn yang boleh mak-makm yang sedang menyusu amalkan.Petua Berkesan Tambah Susu Badan

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air

 

susu badan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. BASUH

Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan.Selepas basuh, toskan sekejap.

2. REBUS

Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air.Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

3. TAMBAHKAN GULA

Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.
Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.

4. SIAP!

Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita.

Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang!

AMALKAN SETIAP HARI

Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.

Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.Jangan lupa SHARE dan TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive breastfeeding pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni. Si suami pun boleh tag isteri ya tanda support!

NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.

Selamat Mencuba!

Kredit : Lin Amalina

 

Sumber: Mingguan Wanita 

Hantar Komen