[FOTO] Impian Sejak Dari Kecil Realisasikan Idea Dekorasi Bilik Anak-Anak

Siapa sangka dari mula memasang impian untuk memiliki bilik yang menyeronokkan sejak daripada kecil, kini ianya menjadi kenyataan.

Walaupun impiannya itu kini tercapai setelah dewasa, namun Nor Azrin Izuan tetap berpuashati kerana berjaya merealisasikannya.

Menurut wanita yang berasal dari Selayang dan kini menetap di Rembau, Negeri Sembilan ini, dekorasi bilik anak-anak bujangnya ini adalah berkonsepkan industrial.


Keselurahan ruang bilik anak-anaknya

Tambahnya lagi, dulu sewaktu zaman kanak-kanak ibubapanya tidak mampu untuk mendekorasikan biliknya sebegini. Jadi kini dia cuba untuk buat yang terbaik untuk anak-anaknya.


Lakaran dekorasi yang diigini sebelum memulakan projek menghias.


Ruang atas dijadikan tempat tidur dan bermain.


Jimat ruang simpanan pakaian.


Bahagian bawah dijadikan ruang belajar.


Pandangan penuh ruang belajar.

Menurut Nor Azrin lagi, bilik anak-anaknya ini masih belum siap sepenuhnya kerana kekangan bajet. Jika diikutkan permintaan dari anak-anaknya, mereka mahukan gelongsor dan wall climb di dalam bilik itu.

Jadi buat anda yang memiliki ruang terhad di rumah mungkin boleh jadikan perkongsian anda ini sebagai inspirasi.

 

Sumber Foto: Yenz Mikail via HCL

Hantar Komen