Jamu Halia Madu Boleh Atasi Maslh Perut Sebu, Buncit & Singkir Angin Dalam Badan, Wanita Ini Kongsikan Resipinya

Yang kerap ada masalah sebu perut dan pembuangan tak lawas boleh cuba petua ni, sebab petua ni bantu orang perut buncit dapatkan perut idaman:

Bila badan mulai lesu, perut sebu, buncit dan angin dalam badan, minum jamu halia madu setiap hari antara yang mak-mak boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini. Menurut perkongsian oleh Cik Pooja, jamu ini beliau amalkan bagi menurunkan berat badan secara semulajadi.

Selepas berpantang selama 2 bulan, baru amalkan minum jamu ini. Apa yang penting ia bergantung pada usaha yang konsisten dalam mengamalkan jamu ini.

Antara kelebihan lain Jamu Halia Madu ini ialah:

Pembuangan dan pencernaan tak lawas
Atasi masalah angin dalam badan
Atasi masalah perut sebu
Atasi masalah perut buncit
Turunkan berat badan secara semulajadi
Bahan-Bahan:

2 inci Halia Tua
2 biji limau nipis @ 1biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
Cara Membuat:

1. Ukur pakai jari kita takat 2 ruas jari telunjuk yea.


2. Potong membulat macam ini.


3. Selepas itu masukkan dalam periuk dan isikan 3 cawan air. Renehkan sampai air yang 3 cawan tadi berbaki 2 cawan. Biarkan suam.


4. Setelah itu, masukkan dalam blender dan tambahkan dengan 1/2 cawan Madu.Kisar sampai halus.

Siap!

Isi dalam botol elok-elok dan simpan dalam peti.


Cara Penggunaan:

Minum 3 sudu besar, 2 kali sehari pagi dan malam. Sukatan yang dibuat ni mampu bertahan dalam 2,3 hari je.

Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!

Sumber: Cik Pooja via Mingguan Wanita

Hantar Komen