Peti Ais Bau Busuk? Guna 5 Bahan Ringkas Ini untuk Hilangkan Bau

SELEPAS beli, semua benda disumbat saja dalam peti ais. Kadangkala tiada masa pula mahu menyusun semua dengan rapi. Sudahnya, masya-Allah, peti ais jadi busuk dan hanyir  betul! Kalau hanyir boleh tahan lagi, ini ada juga yang peti aisnya sudah berbau macam air sampah! Uwekkk…

Walaupun selepas semua barang expired itu sudah dibersihkan, bau hanyir dan busuk masih susah hendak dihilangkan bukan? Jangan bimbang, ada 5 cara mudah untuk anda buat. 😉

1. BAKING SODA

Letakkan sedikit baking soda dalam bekas terbuka. Letakkan di mana-mana sudut dalam peti ais. Bau akan beransur hilang. Selain itu, boleh juga larutkan baking soda dan gunakan untuk mencuci peti ais.

2. OATMEAL

Sediakan semangkuk oatmeal. Biarkan mangkuk terbuka dan letak dalam peti ais.

3. BIJI KOPI

Letak beberapa biji kopi dalam peti ais. Selain peti ais, biji kopi juga bagus untuk hilangkan bau hapak dalam kereta, almari dan kabinet dapur.

4. ARANG

Letak beberapa ketul arang dalam peti ais. Jika tiada arang, boleh beli arang khas untuk serap bau busuk di kedai serba guna seperti Mr D.I.Y atau Daiso.

5. ESEN VANILA

Titikkan 3-4 titis esen vanila dalam sebesen kecil air. Kemudian lap peti ais dengan air campuran esen vanila tadi. Memang harum OK!

Paling penting, rajinkan diri mencuci peti ais. Asingkan sayur, buah-buahan, bahan basah dan lain-lain. Lebih baik lagi, simpan semua barang dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber : bumbumcak.my

 

 

 

 

 

Hantar Komen