Teknik Masak Pulut Kuning Guna Periuk Nasi Elektrik . Cukup Mudah ! Dalam Setengah Jam Dah Siap

Bercadang nak masak pulut kuning untuk sarapan esok? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Hidang bersama rendang, fuhhh…memang terangkat habis!

PULUT KUNING RICE COOKER

BAHAN-BAHAN:

300gm beras pulut – basuh & tos air

1 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh garam halus

2 sudu makan gula

2 sudu makan minyak masak

2 helai daun pandan

Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml

Air secukupnya

CARA MEMASAK:

Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.

Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.

Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.

Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.

 

Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.

Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.

Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.

Siap dan sedia untuk dinikmati.

Hantar Komen