Selepas Ambil 4 Jenis Lauk, Lelaki Baru Pindah Ke S’pura Dapat ‘Pengajaran’

BAGI yang sudah lama menetap di Singapura, mereka pasti sedia maklum tentang hidangan mana yang patut dimakan atau tidak patut dimakan kerana harganya yang mahal dan berbeza mengikut lokasi.

Perlu diketahui, jika poket ‘tak tebal mana’, jangan sekali-kali mengambil lebih dari dua ketul daging dan jangan sekali-kali memesan ikan atau makanan laut.

Jika boleh, elakkan juga singgah ke gerai nasi padang di atas medan selera pusat beli-belah mewah, seperti Marina Bay Sands atau Paragon, kerana ramai yang sudah tahu tentang harganya yang mahal berbanding tempat lain.

-foto Facebook

Pada Jumaat, seorang lelaki rakyat Malaysia yang mendakwa baru berpindah ke Singapura kurang dari sebulan lalu mendapat pengajaran berguna tentang kehidupan di salah sebuah bandar termahal di dunia itu.

Jika di sini harga sepinggan nasi padang sangat berpatutan, lelaki berkenaan, Raymond Yeoh jelas terkejut apabila dia terpaksa membayar S$20 (RM59.56) untuk sepinggan nasi padang yang dimakan di medan selera Food Opera di ION Orchard.

Setelah memilih untuk makan di situ dilihat bukan satu idea yang baik, dia juga mengambil empat jenis lauk iaitu ikan bilis bersama kacang, kari kambing dan dua jenis ikan goreng (kecil dan besar).

Netizen yang sudah tahu tentang selok-belok Singapura mula memberikan komen dan pandangan mereka berhubung postingnya yang dimuat naik di Facebook.

Rata-rata mereka berpendapat Yeoh tidak sepatutnya merungut tentang harga apabila memilih untuk makan di situ.

Malah ada yang mencadangkan dia makan di Lucky Plaza dan Orchard Plaza, sebagai contoh, apabila di Orchard Road jika mahu makan nasi padang dengan harga yang berpatutan. -MSN/coconuts

 

Sumber: mStar 

Hantar Komen