5 Perkara Yang Villagepeople Tak Tahu Mengenai Faizdickie! Sebenarnya Dia Ni

Mungkin ramai yang mengenali ‘Faizdickie’ dengan watak ‘Kak Leha Bunting’. Watak wanita mengandung berbaju merah yang bermulut ‘puaka’.

Sindiran ‘deep’ yang diutarakan dalam mesej komik Faizdickie selalu menjadi bahan viral di laman media sosial. Macam terkena muka sendiri pun ada juga! Hehe. Tapi, siapa sebenarnya Faizdickie? Dengar cerita, orangnya handsome dan bijak!

1. Bukan sekadar influencer ‘kosong’…

Selain bergelar instafamous, anak bongsu kepada 5 orang adik beradik ini merupakan seorang Pensyarah Komunikasi dan Kreatif Design di Segi Universiti.  Malah, Faizdickie juga merupakan seorang businessman apabila baru sahaja membuka ‘event space’nya sendiri. Fuh!

2. Watak sebenar berbeza daripada watak laman sosial media!

Mungkin korang beranggapan yang semua influencer memang berperangai gila-gila di laman sosial dan juga di kehidupan sebenar mereka. Tapi, ternyata sangkaan itu meleset sebab sebenarnya pembawaan identiti mereka berbeza.

Faizdickie: Bila orang tengok perangai saya dalam social media dan perangai saya di luar memang ada perbezaan. Dalam social media saya macam gila-gila, tapi kat luar saya agak seriuslah. Kalau baru kenal orang tu, saya malu sikit. Tapi bila dah kenal, baru saya okay.

3. Watak ‘Kak Leha Bunting’ adalah diinspirasi daripada arwah ibunya

Bermula dengan ‘suka-suka’, Faizdickie mula mencipta watak dalam komiknya. Watak yang paling signifikan ada watak ‘Kak Leha Bunting’. Selepas itu, lebih banyak lagi watak-watak yang muncul dan kesemuanya adalah berdasarkan karakter orang sekelilingnya.

Faizdickie: Watak Kak Leha tu diilhamkan daripada awah mak, sebab nak wujudkan watak wanita mulut bising. Nak jadikan watak perempuan, tapi takde baju perempuan.

Bila buka almari, ada satu baju arwah saya simpan sehelai untuk kenangan. Bila dah pakai macam melekat pulak baju tu sampai sekarang. Jadi sentimental value.

Faizdickie pun tak pernah sangka yang dia dapat menjadikan laman sosial sebagai sumber pendapatan. Katanya, followers yang mula mencadangkan supaya mula membuat ‘paid review’ di Instagram. So, sejak tu lah Faizdickie mula mendapat request daripada followers untuk paid review.

4. Tak kisah dikecam, tapi..

Sebagai seorang influencer, Faizdickie memang tak dapat lari daripada kecaman netizen. So, ini komen Faiz:

Faidickie: Bagi saya orang akan kecam kalau dia tak kenal kita siapa. Dalam Instagam, takdelah orang kutuk-kutuk sangat, tapi bila dibawa keluar ke Facebook atau Youtube, memang akan terima kecaman. Pada saya takpelah. It takes time untuk orang kenal kita kan.

So, selain daripada buat video komik, saya tunjuk real life sy macamana,saya seorang pensyarah, belajar sampai master, untuk tunjuk saya bukan sekadar watak dalam komik itu sahaja.

Saya tak kisah orang kecam saya, sentap jugaklah sikit. Tapi jangan sampai melibatkan kawan-kawan atau family saya. Sebab diorang tak buat salah pun.

5. Pelajaran tetap yang utama!

Faizdickie juga nak bagi nasihat kat korang yang berminat nak jadi influencer. Nasihat yang ringkas tapi ‘deep’!

Faizdickie: Kepada yang minat nak jadi social media influencer, ‘go for it’ sebab peluang besar. Tapi, korang kena ingat jangan letakkan famous dan duit sebagai nombor satu. Populariti dan duit tu akan datang kemudian.

Dan yang paling penting jangan tinggalkan pendidikan. Saya perasan ramai yang dah jadi influencer sekarang ni tak nak sambung belajar sebab dah ada duit. Famous ni sekejap je, kalau dah tak popular nanti macamana nak dapat duit?

Nak tahu lebih lanjut mengenai Faizdickie? Nak tips untuk jadi influencer? Jom datang ke Gegaria Fest!

Pssstt.. Korang bukan je dapat jumpa Faizdickie je tau, malah korang boleh dengar sharing session di Booth Lifestyle yang akan dihadiri oleh ramai lagi selebriti. Antaranya ialah Elfira Loy, Reen Rahim, Eyka Farhana dan ramai lagilah!

Menarikkan? So, kat mana lokasi Gegaria Fest ni eh? Nah, sila blok kalendar korang.

Tarikh: 24 Mac 2018

Lokasi: Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh Perak

Tarikh: 31 Mac 2018

Lokasi: Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur

Tarikh: 7 April 2018

Lokasi:  Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

Tarikh: 14 April 2018

Lokasi: Aman Jaya Mall, Sungai Petani

Ha, nanti kalau korang berkesempatan nak selfie dengan selebriti tu semua, korang jangan lupa letak #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK. Korang juga boleh Ikuti laman Facebook GoGegaria dan juga Instagram GoGegaria untuk maklumat lanjut ya!

 
Sumber: Ohbulan
Hantar Komen