Gelagat comel seekor anak gajah yang ingin mengajak seorang pekerja bermain bersamanya

Gajah memiliki saiz otak yang sangat besar dan memaparkan tingkah laku yang sangat sosial dan pintar. Kebijaksanaan seekor gajah adalah setanding dengan haiwan mamalia lain. Mereka kelihatan mempunyai kesedaran diri, emosi dan menunjukkan belas kasihan kepada gajah lain yang mati dari kalangan mereka.

Anak gajah sangat suka bermain, seperti anak gajah dalam video ini. Anak gajah yang bosan ini kelihatan sedang mengajak seorang pekerja, Dan Daeng bermain bersamanya.

Dan Daeng bekerja di Mae-Sa Elephant Camp yang terletak di Chiang Mai, Thailand. Dan Daeng yang sedang mengecat pagar buluh sebagai persediaan untuk musim sejuk didatangi seekor anak gajah comel yang diberi nama Khunsuk dan berusia 1 tahun.

Khunsuk kelihatan berjalan di belakang Dan Daeng dan ‘menyapa’ bahu Dan dengan belalainya. Anak gajah comel itu kelihatan tidak berputus asa untuk mengajak Dan bermain bersamanya, mungkin terlalu bosan.

Dan kelihatan tersenyum dengan gelagat Khunsuk, tidak dapat melayan Khunsuk kerana perlu menyelesaikan kerjanya. Menyedari Dan tidak melayannya, Khunsuk cuba untuk ‘menyapa’ Dan menggunakan kakinya pula. Kali ini usahanya menjadi, Dan kelihatan melayannya untuk seketika.

Walaupun hanya sekejap Dan melayannya, ia kelihatan cukup bagi Khunsuk. Anda pasti tersenyum melihat interaksi comel mereka. Khunsuk seolah-olah berkata, “Berhenti bekerja dan bermain dengan saya, manusia!”

Gajah berisiko menjadi terancam akibat pemburuan gading. Kem Gajah Mae-Sa menggunakan pengetahuan dan kepakaran mereka untuk meningkatkan populasi gajah. Mereka mempunyai tapak perlindungan gajah di mana anak gajah dapat hidup bersama ibu mereka dengan selamat.

Tonton video comel tersebut di bawah:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Viral Press, Happiest

Hantar Komen