Ibu Panik Remaja Hilang, Rupanya Dalam Tahanan Polis

Terbaru tular kes mengenai seorang remaja penuntut kolej swasta hilang selepas keluar ke pasar malam bersama seorang rakan. Teman wanita melaporkan kehilangannya selepas tidak dapat dihubungi berkali-kali. Lalu, dia memaklumkan hal demikian kepada ibu mangsa, Noorliah Kasbulah. Malah, ibu mangsa juga cuba menghubungi tetapi gagal.

Misteri kehilangan Hafiz Ismail telah terjawab hari ini setelah pihak polis menjalankan siasatan terhadap kes ini. Menurut Metro Online, remaja berkenaan ditemui dalam tahanan pihak polis untuk pemeriksaan dalam satu operasi di restoran sekitar Bandar Baru Klang.

Ibu panik anak hilang

Bagaimanapun, selepas beberapa jam keluar ke pasar malam, teman wanitanya gagal menghubunginya sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada saya semalam.

Ibu mangsa dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta Perodua Axia milik remaja tersebut berhampiran sebuah restoran di Bandar Baru Klang kira-kira jam 2 petang, semalam. Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan kenderaan itu, dia segera bergegas ke lokasi berkenaan, namun didapati anaknya tiada dalam kereta.

Ibu mangsa segera mendapatkan rakaman CCTV di restoran berhampiran. Ternyata remaja tersebut berada di restoran sedang makan bersama rakan sebelum premis berkenaan diserbu pihak berkuasa.

Dalam tahanan polis

Sebaik melihat rakaman itu, dia membuat pemeriksaan di balai polis berhampiran sebelum dimaklumkan anaknya berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara selepas serbuan berkenaan.

Saya kemudian pergi ke IPD Klang Utara untuk memastikan sama ada benar Muhammad Hafiz berada di sana.

Hafiz Ismail dan rakan turut ditahan dalam operasi itu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Pihak polis membebaskannya selepas ujian saringan air kencing dilakukan didapati negatif kira-kira jam 7 malam tadi.

Credit: Metro Online

 

Sumber: Ohbulan 

Hantar Komen