“Ada RM2 Je… Nak Balik Kelantan..”-Kisah Lelaki Ini Berjalan Kaki Di Tepi Highway Buat Netizen Sebak

Perancangan ALLAH SWT memang sempurna, Dia tidak akan susahkan umatnya sampai tidak mampu. Usaha Doa dan Tawakal adalah perkara paling penting dalam hidup sesorang.

Kisah dibawah ini dipetik dari facebook Danial Hasif. Cerita ini sesungguhnya menyayat hati. Mari baca ..

Assalamualaikum… Harini cerita sedih sikit .. Kisahnya harini aku ride nk pegi chenor .. Tujuannya nk pegi hantar moto. So aku sruh kawan aku bawak kereta sebijik follow blakang .. Jadi jumpa laa abg ni dekat tol gombak dia jalan kaki .. Aku masatu tunggu kawan aku yg naik kereta ni kat BHP gombak..

Pinjam Phone .. Call Tak Dapat .. Anta SMS je ..

Dia ni org kelantan lah. masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku “D” jadi dia tahu la aku ni pun klantan so xmalu la dia nk tegur kan.. Dia nk pinjam fon nk call bini dia aku bgi laa tapi bini dia xangkat .. Lpastu dia mseg .. Aku tnya dia nk pegi mana ?

Dia ckp nk balik kelantan sbb ayah dia s*kit .. Lpastu aku ckp la xkn jalan kaki kot bang? Dia ckp dia tawakal je mana thu boleh tumpang lori/bas yg nk ke kelantan jugk .. Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni . Dia dulu maritim . Tapi pencen awal sebb kena s*ntau masa kerja dekat sarawak dulu ..

Bekas Maritim Sebenarnya ..

Dia ade tunjuk ic/dengan kat pesara dia kat aku.. Sbb dia takut aku xpercaya .. Aku ckp kat dia kenpa abe xnaik bas ? Dia ckp duit ada rm2 je sbb baru sebulan duk kl kerja pun xdapat lagi .. Masa dia nk teruskan jalan kaki tu aku sruh dia naik dengan kawan aku . Aku hntar dia sampai bentong je sbb aku nk pegi arah lain . Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan . Dia ni orang lati pasir mas .. Sekian.. Dalam kita susah ade lagi yang susah ingt tu geng.

Mendapat Banyak Positif Feedback ..

Assalamualaikum . Terima kasih semua yang mana prihatin tu. Saya xmintak pun benda ni viral. Tapi dengan kuasa viral mace2 bantuan dia buleh .. Saya xdan nk reply komen sorang2. Tapi saya baca semua. Alhamdulillah baik2 blaka ..

Kebetulan saya ada disitu tadi jadi ape salahnya kalau saya tolong mana yng mampu. Dalam ramai2 org yg tunggu dekat BHP tdi dia pegi dekat saya . Allah takdir dia memang untuk jumpa saya kot .. Sekarang dia naik bas dah petang tadi. Semua selamat dah. Ayah dia sakit buah pingang adik dia bgitau saya .. Isteri dia kerja tebar roti canai kat setapak. Lokasi kedai saya xpasti..

Rakan2 maritim dia pun ramai yang tnya kabar dia tadi. Saya xthu knp dia ambik keputusan untuk blik klate jlan kaki. Tapi berdasarkan waris dia cerita dia xmampu nk kerja sbb sakit. Jadi duit xde nk pinjam segan . So tawakal mana tahu org bgi tumpang. Setapak – BHP gombak jalan kaki 2jam sebelum jumpa saya. Dengan keadaan lapar xmakan lagi. yang mana kecam saya, saya terima dengan hati terbuka . Salah xmintak benda ni viral. Cuma tolong mana yang mampu saja . Terima kasih semua !

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: KL Viral

Hantar Komen