Seorang Lelaki Membeli Ikan Untuk Dimakan Seisi Keluarga, Terkejut Apabila Perut Ikan Mengandungi Sejumlah Wang Kertas

Seorang lelaki di China telah berkongsi kisah yang menarik yang terjadi kepada keluarganya yang sangat sesuai dengan pepatah Melayu, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.’

Kisah bermula apabila lelaki itu telah menghabiskan hampir 20$ (RM 82.70) untuk membeli ikan kecil di pasar, dan apabila diceritakan kepada ahli keluarganya, mereka mengatanya kerana membeli ikan bersaiz kecil dengan harga mahal.

Kerana memikirkan bahawa dia sudahpun membelinya dan tiada cara lain yang boleh dilakukan, lelaki itu meletakkan ikan itu di dapur dan mahu membersihkannya untuk dimasak.

Namun, tanpa disangka-sangka, ikan itu ternyata menyembunyikan sesuatu yang misteri di dalam kantung perutnya. Kerana berasa sedikit panik, lelaki itu menjer1t sehingga membuatkan ahli keluarganya datang ke dapur untuk melihat keadaannya.

Dengan rasa teruja, lelaki itu berkata kepada ahli keluarganya, “setelah memotong, ikan ini mempunyai beg biru yang kecil, beg itu kelihatan sangat istimewa, jadi saya sedikit p4nik.”

Rupa-rupanya, lelaki itu berjaya membeli ikan yang sememangnya memberi keuntungan kepadanya!

Ikan itu sangat mungkin telah memakan makanan yang salah sehingga menyebabkan hal ini berlaku. Walau bagaimanapun, lelaki itu memutuskan untuk menyimpan wang tunai tersebut sebagai cenderamata serta mengambil berkat untuk seluruh keluarganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Collect Phuong Thao, Feedy TV

 

Hantar Komen