Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ubahsuai Proton Iswara Jadi AE86

“Bukan modified Iswara jadi AE86 je. Bapa pun saya ‘buat’ sampai jadi Bunta Fujiwara,” – Adrian

Sekiranya anda seorang peminat kereta, pasti anda tahu manga Initial D yang memaparkan perlumbaan kereta khususnya aksi drift di jalan berbukit.

Dan kereta ‘terbaik’ yang dipandu oleh hero manga itu (Takumi Fujiwara) adalah AE86. Takumi menggunakan kereta itu untuk menghantar tauhu dan dari situlah dia mengasah skill memandunya.

Sedikit Sejarah AE86

Kereta Toyota dua pintu AE86 ini menjadi kegilaan remaja di negara kelahirannya, Jepun. Walaupun hanya diperkenalkan di era 80an, namun kereta Toyota AE86 ini kembali gemilang dengan kemunculan manga Jepun, Initial D, karya Shuici Shigeno.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ubahsuai Proton Iswara Jadi AE86

Selain itu, AE86 juga merupakan saudara kandung Toyota Levin dan Toyota Sprinter Trueno yang merupakan kereta Sport sejati.

Sehingga kini, AE86 dan manga Initial D masih digilai ramai apatah lagi dengan kemunculan filem adaptasinya yang turut digilai ramai.

Ubahsuai Proton Iswara Menjadi AE86 di Malaysia

Jika di Malaysia, pasti sahaja anda sering melihat kereta diubahsuai menjadi kereta lain. Antara yang paling selalu anda lihat adalah ubahsuai Proton Waja kepada Mitsubishi Lancer.

Bagai tidak terlintas di fikiran, lelaki ini, Adrian Lo Dejavu telah mengubahsuai kereta Proton Iswara miliknya menjadi AE86

Sebelum memiliki Toyota AE86 sebenar, dia sanggup mengubahsuai Proton Iswara menjadi model AE86 kerana minat yang mendalam dengan kartun animasi Jepun, Initial D

Selain mengubahsuai Iswaranya, Adrian juga ‘mengubahsuai’ ayahnya menjadi Bunta Fujiwara (ayah kepada Takumi).

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ubahsuai Proton Iswara Jadi AE86

Kata Adrian,

Only in Malaysia..

Gua bukan sahaja modified iswara gua jadi ae86. Gua tarik bapa gua modified jadi Bunta juga hahahahahahaha

Berikut merupakan gambar-gambar Modifikasi Iswara kepada AE86 yang dikongsikan Adrian.

Perbandingan yang asal dan yang telah diubahsuai


Adrian berkata, ketika itu ramai orang yang menc3muhnya selepas menukar Proton Iswara kepada konsep Toyota AE86 seperti Initial D.

“Saya tidak menghiraukan apa yang mereka kata. Saya cuma buat apa yang saya mahu dan tidak menyusahkan orang lain.

“Proton Iswara itu sudah pun dijual lima tahun lalu. Dan kini apa yang saya mahukan sudah pun muncul selepas membeli Toyota AE86 dengan harga RM60,000 dari Sabah,” katanya.


Menurutnya, biarpun sudah memiliki kereta idaman itu, rupanya banyak cabaran dan halangan yang terpaksa dia tempuhi.

“Ini kerana selepas kereta itu tiba di Pelabuhan Klang, Selangor, ia betul-betul membuatkan saya pening kepala.

“Pada hari pertama memilikinya, kereta itu sudah meragam dengan mengalami masalah brek selepas memandu 15 minit di lebuh raya.

“Selain masalah brek, satu daripada lampu depan juga rosak, ekstraktor longgar, pedal klac dan minyak susah untuk ditekan. Ia memang betul-betul banyak masalah,” katanya.

Bagi mengubahsuai serta membaik pulih jentera seperti sekarang, Adrian memaklumkan dia sudah melabur RM30,000, tetapi masih belum cukup sempurna.

Menurutnya, bahagian luaran dibaik pulih dengan mengikuti konsep Initial D selepas mengecatnya warna hitam dan putih yang turut dilengkapi stiker pada bahagian sisi.

Katanya, bagi membuatkan Toyota AE86 itu lebih gah, jentera kesayangannya dipadankan rim Watanabe 15 inci yang dibaluti tayar Potenza RE003.

“Bahagian dalamannya pula ditukar kepada kerusi Bride balutan Alcantara dengan dipenuhi pelbagai meter jenama Defi dan Greddy.

“Pada bahagian enjin pula, ada sedikit ubah suai untuk membuatkannya lebih selesa dan lancar untuk pemanduan. Jentera itu menggunakan rangkaian kuasa 16 injapyang dipadankan pendikit ITB dari Toyota Corolla Blacktop, selain menggunakan cam 272 ‘in and out’, cam pulley Toda.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ubahsuai Proton Iswara Jadi AE86

“Bagi menghasilkan bunyi yang menarik, kereta ini dilengkapi ekstraktor ‘banana’ dan peredam HKS, selain menggunakan e-manage Blue Mini untuk menghasilkan kuasa maksimum melebihi 140hp,” katanya.

Adrian berkata, Toyota AE86 itu mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan, tetapi dia masih lagi dalam perancangan untuk menambah baik jentera terbabit secara berperingkat-peringkat.

Untuk info, Adrian sangat terkenal di Malaysia dan kini sudah di tahap selebriti. Selain giat dalam industri vape, beliau juga sering menghiburkan fansnya dengan video lawak lakonannya.

Sumber dari Drebar.Com

Hantar Komen