[VIDEO] ‘Jadi??..’ – Selamber Je Kanak-Kanak Tular Menyanyi Di Tengah Tasik Tapau Hos Motif Viral

Sebelum ini pernah viral di seluruh media sosial mengenai dua orang kanak-kanak yang bersuara lunak menyanyi di tengah tasik yang diberi nama Tasik Cermin terletak di Ipoh, Perak.

Video mereka mendapat tontonan hampir setengah juta views itu juga turut dikongsi di laman-laman sosial seperti youtube dan instagram dan baru-baru ini dia telah diundang ke rancangan Motif Viral yang merungkai setiap kejadian-kejadian yang menjadi viral yang berlaku.

 

Menurut kanak-kanak yang dikenali sebagai Syamim itu, dia dan rakan-rakannya gemar ke Tasik Cermin ketika masa lapang dan menyanyi di tengah tasik tersebut pada hujung minggu dengan menaiki sampan untuk ke tengah tasik.

Lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’ dan ‘Suci Dalam Debu’ merupakan antara lagu yang menjadi kegemarannya kerana lirik yang terkandung dalam lagu tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan tasik, pepohon dan air yang jernih.

Syamim turut menjadi perhatian Motif Viral serta netizen kerana perwatakannya yang bersahaja dan jujur serta percakapannya seperti orang dewasa. Malah pengacara Motif Viral sendiri turut terkena hentaman  daripada adik Syamim apabila bertanya mengenai kedalaman tasik tersebut.

Pada akhir slot mereka, Syamim sempat menyanyikan lagu kegemarannya dan membuatkan semua terpukau dengan kemerduan suaranya. Lihat video video dibawag untuk mengetahui perkara yang lebih lanjut.

VIDEO VIRAL :

Rata-rata komen daripada netizen mengatakan bahawa mereka sangat terhibur dengan gelagat dan perwatakan kanak-kanak tersebut yang berkeyakinan tinggi ketika bercakap dan cerdas pemikirannya serta tidak kekok ketika diundang ke rancangan Motif Viral.

hahaha bagus budak ni fasih bercakap, relax je jawab! JADI?

ini episode paling kelakor sekali…setepek je adik ni bagi… bagus pulak tu budaknya cerdas pemikiran dan yakin diri.

relex je budak ni jawap. petah brcakap bukan mcm stengah org blur2 nk susun ayat

Paling bess, paling jujur, paling sempoiii,… geng thinker try hard nak tahu… jadi??? Gelombang dari tengah…haze

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Youtube MotifViral 

Hantar Komen