[VIDEO] Viral Video Lucu Wanita Cover Lagu Crush, Ini Respon Kelakar David Archuleta.

Bukan sesuatu yang baru bagi pengguna sosial media untuk meniru artis kesayangan mereka sama ada dalam bentuk “cover” ataupun paraodi. Namun, ia sesuatu yang sukar untuk mendapat respon semula daripada artis berkenaan dan kadang kala mereka sendiri tidak perasan tentang kewujudan video tersebut.

Lain pula kali ini, apabila seorang wanita daripada Singapura yang dikenali sebagai Irni Irdina tidak menyangka video cover nyanyianya telah tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan Irni sedang menyanyikan lagu popular David Archuleta berjudul Crush di dalam biliknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tambah menggembirakan Irni, siapa sangka videonya bukan sahaja mendapat respon daripada penyanyi kegilaan wanita itu malah, David turut memuat naik video parodi yang sama seperti yang dilakukan Irni.

Paling melucukan apabila David berkata video nyanyian Irni lebih baik daripa videonya dan dia sendiri meminta Irni untuk mengajarnya cara menyanyi seperti itu. Apa perasaan anda jika artis kesayangan anda menunjukkan respon terhadap apa yang anda lakukan? Mesti tak tidur malam dibuatnya.

Tahniah diucapkan kepada Irni di atas usahanya memuat naik video cover tersebut sehingga mendapat respon daripada David Archuleta. Memang beruntung kalau apa yang berlaku kepada Irni ini terjadi kepada kita semua. Irni anda memang terbaik.

 

Sumber: David Archuleta , Irni Irdina / ohbulan

Hantar Komen