Wajahnya Yang Comel Dengan Personaliti Menarik, Sekali Pandang Tidak Sangka Ketinggiannya Hanya 130 Sentimeter

Semua orang mengenali makhluk comel ‘Smurfs’ kerana mereka bersaiz mini dan kecil. Smurf boleh dimasukkan ke dalam poket dan personaliti mereka amat comel dan melucukan. Namun itu hanya watak fiksyen dan mereka bukan manusia. Bagaimana jika dikatakan terdapat manusia cantik dan comel di dunia ini apabila mencapai satu usia tertentu, dia tidak lagi membesar. Tambahan, dia merupakan seorang gadis mini yang cantik dan mempesonakan.

Walaupun terdapat jurang ketinggian di antara dirinya dengan orang lain, tidak sedikit pun gadis ini berasa merendah diri kerana berasa dirinya kecil dan rendah. Malahan ketinggiannya itu tidak pernah menjadi halangan untuknya mencapai impian dan cita-cita di dalam bidang hiburan.

Ramai manusia mini atau orang kerdil yang mempunyai masalah rendah diri dan berfikiran neg4tif mengenai diri sendiri sehingga tidak berani untuk bekerja keras kerana t4kut diketawakan. Tetapi seorang gadis mini dengan ketinggian 130 sentimeter ini sungguh berkeyakinan menampilkan dirinya kepada dunia luar sehingga membuat semua orang mengenalinya kerana rupa parasnya yang cantik dan mempesonakan. Dan apabila kita melihat ketinggiannya itu, kita akan terus berkata dia sangat comel.

Menurut netizen, gadis manis berusia 32 tahun ini mendapat satu peny4kit 4neh ketika dia masih kecil, menyebabkan ketinggiannya terbantut kepada 130 sentimeter. Setiap orang pasti berasa hampa apabila menyedari ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain semakin membesar dan tinggi, manakala dia kemudian ditinggalkan memandang kemajuan orang lain dari bawah.

Tetapi gadis ini dikurniakan satu kelebihan iaitu rupanya yang cantik dan manis, maka menjadi gadis mini dengan ketinggiannya yang amat rendah itu bukan satu keperluan dan halangan. Bersama keyakinan diri yang tinggi, dia memasuki dunia hiburan dengan mengunakan wajahnya yang cantik dan penampilannya yang comel.

Kita pasti tidak menghiraukan ketinggian 130 sentimeter gadis ini apabila melihat wajahnya dengan kulit cerah kemerahan yang sangat manis. Senyuman dan ketawanya amat mempesonakan, mampu menghiburkan hati orang lain dengan hanya melihatnya. Tambahan dia juga memiliki bakat yang pelbagai untuk ditunjukkan, dan ketinggiannya itu bukan satu masalah. Gadis manis yang suka tersenyum dan ketawa ini sungguh berkeyakinan dan optimis, menjadi contoh bagi golongan manusia mini yang lain.

Gadis ini sangat cantik terserlah secara dalaman di samping mempunyai gaya dan cita rasa fesyen yang tersendiri. Walaupun susuk tubuhnya itu sangat kecil, tetapi penampilannya sangat menarik. Sebenarnya dia tiada kecaacaatan langsung.

Ramai jejaka yang berminat untuk berkenalan apabila melihat wajahnya di media sosial tetapi kemudian bertukar fikiran apabila mengetahui saiz fizikalnya yang kecil. Tetapi itu tidak mematahkan semangat gadis manis berusia 32 tahun ini untuk terus bekerja keras mencari kehidupan. Baginya, mereka semua sudah semestinya mempunyai idea yang tersendiri mengenai wanita dan rupa paras orang lain.

Menurut gadis ini, walaupun mempunyai kelem4han dari segi fizikal, dia tidak kehilangan orang sekeliling, orang tersayang dan  rakan-rakan dalam aspek lain. Oleh kerana gadis mini ini sangat optimis dan berkeyakinan, kehidupannya terus menjadi indah dan menarik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber : Happy Share via Erabaru

Hantar Komen