“11 Tahun Saya Tunggu, Tak Salah Kalau Saya…” – Siti Nurhaliza Jelas Isu 0bses Terhadap Aafiyah

Mustika hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menepis d@kwaan sesetengah pihak yang menganggap diriya terlalu 0bses terhadap anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila aafiyah jadi model tudung bawal @galeriariani 😍 outerwear @khatreena.ms

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti sebaliknya menyifatkan segala gambar, video dan momen yang dimuat naik di Instagram dan YouTube hanyalah untuk simpanan buat dirinya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk masa akan datang.

Menurutnya, dia juga merasakan tindakan itu sebagai perkara normal yang sering dilakukan kaum ibu.

“Biasalah ibu-ibu nak tengok segala perkembangan anak dia dari kecil. Saya juga selalu pesan supaya pengasuh rakam apa sahaja gelagat Aafiyah.

“Ye lah, kita sibuk kadangkala terlepas perkara dan momen manis. Soal terlalu 0bses juga rasanya tidak benar sebab saya tidaklah selalu muat naik, ada masa tertentu juga,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semangat merdeka ke-62 Negaraku Malaysia. Sayangi Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! @projek57. #makakami

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu, isu tersebut juga bukan satu kesalahan kerana dia telah menunggu kehadiran Aafiyah selama 11 tahun.

“Ketika usia 39 tahun barulah saya dikurniakan cahaya mata. Kita dah tunggu berapa lama, jadi yang bercakap itu mungkin anaknya ramai,” katanya

Siti ditemui ketika majlis pelancaran Kayuhan Wanita 2019 perkarangan pejabat Kementerian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya, semalam.

Dalam majlis itu Siti dipilih sebagai Ikon Selebriti bagi mempromosikan program yang bakal berlangsung pada 26 Oktober ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak via MH


Hantar Komen