11 Tahun Tanpa Zuriat – Beto & Isteri Reda, Tiada Perancangan Ambil Anak Angkat

Selalunya, orang sekeliling yang kerap bertanya. Masih ada yang bertanya terutama sewaktu Aidilfitri baru-baru ini dan saya faham mereka mungkin sekadar nak memulakan perbualan. Bagaimanapun, kalau sepuluh atau 20 orang bertanya, semestinya terbit juga sedikit rasa kecil hati.

“Bagaimanapun, saya dan isteri memang tidak kisah. Allah nak bagi kami terima, kalau tiada, kami pun tiada perancangan untuk mengambil anak angkat,” tutur pelakon Beto Kusyairy yang tidak bercadang untuk mengambil anak angkat meskipun perkahwinannya dengan Tisha Shahar selama 11 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Beto, 39, mengakui tidak mampu menepis soalan mengenai zuriat namun mereka suami isteri reda dan tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata sendiri. Pelakon drama ‘KL Gangster: Underworld’ itu juga tidak menafikan kerap diajukan soalan bagaimana dia menghayati watak seorang bapa dalam lakonannya meskipun belum ada zuriat.

 

Sumber: Artis Malaysia via viwanita 


Hantar Komen