“34 Tahun Menghambakan Diri Sebagai Anak Seni,” – Sheila Rusly Beri ‘Hint’ Mahu Berundur Dari Dunia Seni

Hos dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada berkongsi momen ketika menghadiri Anugerah Skrin 2019 di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu turut menukilkan kapsyen yang mengundang perhatian peminat.

Antara lain, bintang berkenaan mencetuskan menjadi tanda tanya apabila memberi bayangan seakan-akan mahu mengundurkan diri dari industri hiburan.

“34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri.

“Mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa.

“Cukup setakat ni.. Alhamdulilah..Outfit @melindalooi Makeup @naomilarra #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri..mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa. Cukup setakat ni.. Alhamdulilah.. Outfit @melindalooi Makeup @naomilarra #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Namun perkongsian tersebut juga turut mendapat maklum balas daripada suaminya yang juga merupakan seorang pengarah produksi jspicture atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Beliau memberikan kata-kata semangat kepada isterinya jika isterinya benar-benar mahu mengundurkan diri dan beliau tetap menyokong setipa keputusan yang dibuat oleh Sheila Rusli.

Berundur lah jika itu kata hati…

Berundur lah kalau itu ketentuan Illahi…

Berundur lah jika sampai masa untuk pergi…

Berundur lah jika terasa cukup pengabdian diri….

Berundur lah jika rasa tidak diperlukan lagi…

Berundur lah jika industri tidak memerlukan lagi…

Berundur lah jika yakin keikhlasan sudah tiada lagi…

Berundur lah jika yakin kejujuran sudah tiada lagi…

Berundur lah jika takut nanti merosakan hati…

Cuma Jangan berundur dari hidup ini kecuali kalah kerana m4ti…

Kerana nama mu SHEILA RUSLY dan disebelah mu tegap gagah bagai tiang seri …AZMAN YAHYA nama diberi …TOK SIDANG MALAYA ini…

Berundur lah babe kalau itu kata hati…..I love babe..

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa sedih jika Sheila membuat keputusan untuk tidak lagi berkarya.

Terdahulu, Anugerah Skrin 2019 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat yang menyaksikan drama Kamar Kamariah diangkat sebagai drama rantaian terbaik tahun ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Instagram Sheila Rusly / MH


Hantar Komen