8 Kali Bergelar Juara Dunia Ini Jumlah Pencen Yang Bakal Diterima Oleh Datuk Nicol, Memang Mewah.

“LAYAN Datuk Nicol (David) seperti pemenang Olimpik.” Itu pandangan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen Daud yang melihat elaun bulanan sepanjang hayat wajar dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada ikon negara itu.

Walaupun skuasy tidak dipertandingkan di Olimpik, beliau melihat pemberian elaun bulanan kepada Nicol seperti pemenang pingat Olimpik adalah salah satu cara menghargai penat lelahnya.

“Selama 20 tahun dia berusaha menaikkan nama negara. Lapan kali bergelar juara dunia, sembilan tahun berada di kedudukan nombor satu dunia.

“Mana pernah atlet Malaysia lain meraih pencapaian sepertinya. Atlet seperti Nicol seharusnya dibantu dari segenap aspek. Pencen adalah salah satu perkara yang wajar dipertimbangkan,” menurut Nik Razeen.

Untuk rekod, pencen hanya diberikan kepada atlet negara yang meraih podium di Olimpik atau Paralimpik di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO).

Pemenang emas di Olimpik akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM5,000, perak RM3,000, manakala gangsa RM2,000 yang diterima sepanjang hayat.

Antara penerimanya adalah Datuk Lee Chong Wei (perak Olimpik Rio), Azizulhasni Awang (gangsa Olimpik Rio), selain tiga atlet paralimpik negara yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio iaitu Mohd Ridzuan Puzi, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

“Sayangnya skuasy masih belum tersenarai di Olimpik, jika sebaliknya sudah pasti emas berjaya diraih. Namun, dia wajar dipertimbangkan untuk dilayan seperti pemenang medal Olimpik.

“Malah bukan saja kepada skuasy, namun sukan lain yang mempunyai juara dunia turut wajar diberikan layanan sama,” tambahnya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengarahkan MSN mewujudkan satu insentif istimewa bagi memastikan perancangan atlet berusia 35 tahun itu yang bakal bersara dapat dijayakan.

Nicol yang bakal bersara pada Jun ini, turut meraih 81 kejuaraan Jelajah PSA, selain lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel.

Pada masa sama, Nik Razeen menjelaskan pihaknya sedia mendengar perancangan Nicol dan memberikan sokongan penuh kepadanya nanti. Sumber harian metro

Sebut sahaja sukan skuasy, nama Datuk Nicol Ann David pastinya tokoh sukan paling disegani sehingga diberi jolokan ratu skuasy negara. Kejuaraan demi kejuaraan dirangkul saban tahun sehingga mendapat gelaran pemain profesional dunia.

Terbaru, dunia sukan dikejutkan dengan pengumuman terbaru Nicol David yang menyatakan hasrat persaraannya, semalam.

Nicol menerusi laman sosialnya mengesahkan akan bersara selepas Jelajah Profesional Squash Assosiation (PSA) pada Jun depan. Keputusan itu diambilnya setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan. Paling membanggakan Nicol pernah berada di kedudukan pemain nombor satu dunia 9 tahun berturut-turut bermula 2006 hingga 2015.

Menurutnya, keputusan itu amat tepat buat dirinya ketika ini. Walaubagaimanapun, Nicol mengakui akan kekal aktif dalam sukan yang sudah menjadi darah dagingnya itu.

Selepas lebih 20 tahun mewakili negara dalam sukan skuasy, beraksi dalam jelajah profesional dan menikm4t1 beberapa kejayaan, saya sekarang ini sudah bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan pada penghujung musim ini.

Ujarnya, keputusan bersara telah lama difikirkan dan dia sedia maklum musim ini adalah yang terakhir untuknya. Tambahnya lagi, dia telah berjuang fizikal dan mental untuk kekal yang terbaik sebelum ini dan hanya tinggal tenaga terakhir sebelum ke peringkat seterusnya.

Keputusan ini telah difikirkan masak-masak dan saya tahu ini adalah musim terakhir untuk saya sertai. Minda dan tubuh daya telah lama berjuang untuk kekal berada di tempat teratas, kekal menjuarai untuk masa yang panjang.

Saya rasakan hanya ada tenaga terakhir untuk musim terakhir sebelum melangkah ke fasa berikutnya dalam hidup.

Selain kejayaannya memenangi 8 kali kejuaraan dunia, Nicol juga pernah merangkul piala Terbuka Britain, 2 pingat emas Sukan Komanwel, 5 emas Sukan Asia dan 3 emas di Sukan Dunia.

Zaman kegemilangan Nicol di ranking dunia PSA berakhir pada September 2015 namun dia mengukir sejarah dengan rekod paling lama memegang takhta top 5 selama 143 bulan dan top 10 selama 177 bulan.

Selepas bergelar pemain profesional pada 2000, pemain kacukan Cina-India ini memenangi 81 gelaran, ke final sebanyak 102 kali dan memenangi 567 dari 680 perlawanan. Kejuaraan terbarunya adalah di Ciudad de Floridablanca pada Mac 2017.

Anak kelahiran Pulau Mutira ini juga berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian pada musim panas tahun lalu.

Artikel berkaitan: Ratu skuasy negara Nicol David umum persaraan

Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: : Teka-teki mengenai apakah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bakal menggantung raket akhirnya terjawab selepas atlet kelahiran Pulau Pinang itu sendiri mengumumkan persaraannya.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.

“Saya gembira untuk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan,” katanya dalam lintas langsung secara eksklusif dengan Nadi Arena malam ini.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.

“Ia akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional,” jelas atlet berusia 36 tahun itu.

Perkembangan itu ternyata menjadi kehilangan besar buat negara memandangkan dia dianggap ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu.

Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia, iaitu selama sembilan tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.

Pemain yang kini di ranking ke-21 dunia itu sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.

Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.

Artikel berkaitan: Nicol atlet istimewa, pencapaiannya satu fenomena – Mohamad Norza

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pelbagai kejayaan diraih Nicol antaranya merangkul tiga pingat emas Sukan Dunia, lima emas Sukan Asia selain dua emas Sukan Komanwel sepanjang 20 tahun penampilannya menjadikan beliau seorang atlet istimewa.

Jelasnya, persaraan atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 35 tahun adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada sukan skuasy negara, malah ia akan turut dirasai di peringkat antarabangsa.

“Ia adalah satu kehilangan yang amat besar kerana beliau merupakan seorang atlet yang luar biasa. Kejayaan dicatat dan pencapain beliau selama ini saya anggap sebagai satu fenomena,” katanya kepada Bernama.

Selain mempunyai pencapaian luar biasa dalam gelanggang yang menggambarkan kegigihannya mengangkat nama Malaysia di persada dunia, Mohamad Norza turut memuji sifat keperibadian dimiliki Nicol selain kecemerlangannya dalam bidang akademik.

“Beliau adalah seorang atlet yang lengkap kerana bukan sahaja beraksi cemerlang mengharumkan nama negara, tetapi juga tampil dengan peribadi yang sangat baik. Pencapaiannya dalam bidang akademik dan karier wajar dicontohi dan atas sebab itu juga beliau layak diangkat sebagai seorang idola,” tambah beliau.

Setelah lebih dua dekad beraksi di gelanggang kaca, Nicol yang pernah mengungguli takhta ranking dunia selama sembilan tahun berturut-turut, pada Selasa mengambil keputusan untuk menggantung raketnya selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018/2019 berakhir pada Jun ini.

Berkongsi pandangan yang sama adalah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi yang mengakui berasa sedih akan keputusan itu, namun menghorm4t1 dan memandang ke depan akan kerjasama yang bakal terjalin antara MSN dan Nicol.

“MSN amat berbangga dan berterima kasih kepada Nicol atas pencapaiannya. Secara jujur, di MSN kami berasa sedih tetapi dalam masa sama teruja untuk bekerjasama dengan beliau dalam pembangunan sukan khususnya sukan skuasy di negara kita.

“Nama Nicol ini besar… kita tidak seharusnya mensia-siakan begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, pengumuman tersebut turut mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman yang mengakui membesar dengan menjadikan Nicol sebagai idolanya.

“Saya membesar dengan menjadikan anda sebagai idola saya, Saya sangat yakin ia tidak berubah dalam masa terdekat. Menanti rancangan persaraan anda. Teruskan memberi inspirasi!,” menurut catatan dalam laman Twitter beliau.

Nicol yang pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak sembilan kali akan beraksi dalam kejohanan Dunia ke-9 dan terakhir buat beliau di Chicago, Amerika Syarikat dari 23 Feb hingga 2 Mac ini.

Sumber : BERNAMA via Nalurikini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 


Hantar Komen