8 Wajah Selebriti Malaysia Polos Tanpa Makeup, Siapa Paling Cantik Natural

Baru – baru ini Daiyan Trisha, tampil dengan video yang dinamakan sebagai “ Confessional Vlog” dan mesej yang disampaikan dalam video ini pasti akan membuatkan orang ramai terfikir apa itu kecantikan sebenar.

Sebagai Selebriti, Daiyan sentiasa rasa diperhatikan oleh orang ramai. penampilan yang menarik dan kelihatan cantik itu…

Kita sering melihat artis terkenal dengan imej penuh makeup dan berpakaian cantik, kadang – kadang tertanya juga bagaimana rupa mereka di sebalik alat solek kan? Sekarang ni jom lihat perbezaan 10 artis dengan mekap dan tanpa mekap.

1. Scha Alyahya

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, peragawati dan jurucakap produk di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular . Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

2. Nora Danish

Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu’lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.

3. Siti Nurhaliza

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.Single sulungnya, “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja.

4. Umie Aida

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida (lahir 18 Januari 1974) merupakan seorang pelakon wanita terkenal di Malaysia yang juga bergelar penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan. Dilahirkan pada 18 Januari 1974 di Kuala Lumpur. Umie memulakan karier lakonan ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

5. Neelofa

Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

6. Ayda Jebat

Ayda Jebat dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Merlimau, Melaka dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya, beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang saudara perempuannya ialah Nur Shafinaz Jebat atau lebih mesra disapa Fina AF9. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai

7. Emma Maembong

Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah. Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau ​​yang pertama kali menggambarkan watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).

Selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu. Walaupun dia hanya berlakon sebagai watak sampingan, dia juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia. Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.

8. Fazura

Fazura dikenali sebagai salah seorang pelakon dan selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah yang “bergaya” dan “menawan”. Sehingga 2010, Beliau telah berlakon sebanyak 10 filem dan beberapa siri TV dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen. Beliau juga menjadi juri di rancangan televisyen komedi Maharaja Lawak Mega.

Walaupun tanpa makeup mereka tetap kelihatan cantik bukan, walaubagaimanapun kecantikan itu bukan diukur menerusi paras rupa sahaja, malah dalaman seseorang individu itu memainkan peranan penting.

Apa guna hanya cantik di wajah, tetapi tidak didalam? Doa yang baik baik sahaja buat artis artis kegemaran anda ya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Saja Kongsi


Hantar Komen