“Aku Rasa Berkat D0a Makcik Tu…” Lelaki Kongsi Kisah Tolong Cleaner Kutip Sampah

Selalu kalau korang terserempak dengan mana-mana pekerja cleaner, ada tak korang tegur dan cuba untuk berborak-borak dengan dia?

Tak kisahlah borak pasal apa pun, sekadar nak bertegur sapa — mungkin tanya dia dah makan ke belum atau habis kerja pukul berapa, macam yang selalu kita borakkan dengan kawan-kawan kita?

Seorang pengguna Twitter, @amirkamarulzmn ada berkongsi pengalamannya mengenai perkara ini — yang menurut beliau, mula diamalkan sejak beliau mendengar perbualan individu lain bersama seorang pekerja cleaner.

Kisah-kisah macam ni la yang kita nak dengar dan baca selalu, sebab ia secara tidak langsung mengajak kita untuk sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan sebarang balasan — sekadar untuk meringankan beban yang mungkin kita tidak tahu sedang ditanggung oleh mereka.

Mana tahu, dalam diam mereka mendoakan seribu satu kebaikan pula buat kita kan? Perkongsian lelaki ini mendapat hampir 9k retweet, dan rata-rata netizen lain turut sama berkongsi kisah mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Lobak Merah


Hantar Komen